Followers

Thursday, 15 December 2011

Waspada strategi DAP letak calon Melayu - Ali Rustam

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Ali Rustam memberi amaran kepada UMNO dan Barisan Nasional supaya berwaspada dengan strategi terbaru DAP meletakkan calon Melayu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.


Mohamed Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, yakin dengan strategi terbaru itu, DAP tidak akan lagi mengharapkan Pas untuk meraih sokongan Melayu memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.


"DAP telah berjaya mengalahkan Pas untuk kepentingan mereka. Kita nak tengok macam mana DAP meletakkan calon di kawasan Pas manakala Pas meletakkan calon di kawasan DAP.


"Apapun mereka buat, tak mungkin boleh berjaya dan BN telah siap sedia dengan taktik terbaru ini. Ini trend baru dan permainan baru,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif di sini hari ini.


Mohamed Ali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, percaya matlamat DAP ialah untuk menguasai Pas dan menggunakan taktik sama seperti PAP di Singapura untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara jiran berkenaan.


Katanya, strategi terbaru pembangkang itu juga dilihat sebagai cabaran besar kepada UMNO dan BN selain daripada cabaran media sosial yang dilihat sebagai punca kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum 2008.


"Saya harap pengundi bersikap sederhana, mementingkan perpaduan dan masa depan negara dan tidak boleh terikut-ikut dengan rentak DAP. Rentak DAP ini boleh membawa masa depan yang bahaya berikutan ekstremisme mereka,” katanya. — Bernama

SUMBER: UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...