Followers

Saturday, 12 October 2013

HOT: Tarikh Pilihanraya Kampus Terbongkar

SMS rasa majoriti pelajar dah tahu mengenai tarikh pilihan raya kampus(PRK), tapi yang peliknya. surat khabar mana yang keluarkan tarikh ini? jika ada dalam kalangan sahabat SMS yang tahu. mungkin boleh bagi link :)


ohh. cubaan fitnah dari PRO MAHASISWA @ kroni Persatuan Mahasiswa Islam
sudah-sudah lah . menyampah...





Wednesday, 10 April 2013

HOT : BETULKAH KAKITANGAN KERAJAAN TERANCAM?


video



KENYATAAN TONY PUA

Bangsa mana yang paling ramai dalam penjawat awam??





yang sedihnya, bangsa melayu sendiri menyokong untuk melihat wawasan DAP ini dapat dilaksanakan.

BUAT PENJAWAT AWAM YANG MASIH MENYOKONG PEMBANGKANG, BUKA MATA, CELIKKAN MINDA,

JANGAN GADAIKAN NEGARA UNTUK KEPUASAN POLITIK YANG TIDAK TENTU HALA.



"Kami digelar hamba rakyat,
Mengais rezeki memberi nikmat,
Meski sering dihina di khalayak ,
Dek perkara di luar mampu dan hak
Demi kuasa yang di dambakan,
Kami redha,
Kerana kami berkhidmat demi negara,
DEMI MALAYSIA"

DEMI AGAMA , BANGSA DAN TANAH AIR




Tuesday, 26 March 2013

Pemergian Ulama Besar Negara

Al-fatihah buat Ulama Besar Negara Dr Muhammad Uthman El-Muhammady

KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.

Sumber: Mynewshub

Dimaklumkan Almarhum yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah 2005 telah mula mendapatkan rawatan di hospital semenjak 4 bulan lepas akibat strok serta meninggal akibat serangan jantung. AlFatihah.

Monday, 25 March 2013

Air mata berguguran sempena Hari Polis ke-206


SELAMAT HARI POLIS ke-206

Foto sekitar Hari Polis ke-206






Sempena Hari Polis ke-206


Tayangan Op Daulat #Lahad Datu sempena Hari Polis ke-206


Terima kasih kepada pahlawan-pahlawan negara yang mempertahankan negara daripada kencaman pengganas

Semoga roh-roh pahlawan akan terus semat didalam jiwa anak-anak muda .......!!!!!!!!

Ayuhh....bangkitlah anak mudaku semoga kita terus mempertahankan AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR

Ops #Lahad Datu

4 penjenayah mati ditembak #lahad datu

SUMBER : BERNAMA

LAHAD DATU – Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya.

Sunday, 24 March 2013

#Lahad Datu - Anwar Ibrahim terlibat atau tidak ?



ANWAR DALANG #Lahad Datu


- Pada 7 Febuari 2013, Sivarasa & Tian Chua bawa wang ke Manila dan Anwar turut serta berjumpa dengan  Nur Misuari di Manila juga.

- Di Manila ( Philippine Military Intelligence ) mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Feb 2013, yakni bahawa 2 hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Febuari 2013.

- Media Antarabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine, ABC , CBN , Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan " Pembabitan Individu Pembangkang dari Malaysia ". Kemudiannya, individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkianat Negara Anwar Ibrahim.

- 2 hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Makhamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.

- Pada 8 Febuari 2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan kelompok-kelompok MNLF, dipercayai memberikan sejumlah wang yang besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1 Mac 2013.

- Perjumpaan pada 7 Febuari 2013 merupakan janji manis  Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. Begitu juga, bapa segala pengkhianat negara ( Anwar Ibrahim ) turut bersama-sama berada di Manila bertemu dengan Nur Misuari.




Khas untuk Bangsaku " Melayu "


Semoga video ini memberi makna kepada bangsa kita....

Bangkitlah !!!!! 
wahai bangsaku janganlah bercakar sesama sendiri demi kepentingan sendiri

Fikirkanlah bersama untuk anak-anak bangsa kita pada masa akan datang


#Rempuh243 - Himpunan Rakyat Pulau Pinang


Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang #Rempuh243


Siapa Dalang Semua ini ?????

Rakyat Pulau Pinang akan  berkumpul Di Padang Kota bagi menunjukkan bantahan terhadap penindasan Kerajaan DAP yang diterajui oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengar kata lebih 20 Ribu yang hadir, betul ke ?????



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...