Followers

Thursday, 29 December 2011

Lim Guan Eng Buat Pasal

Salam

Post ni teman amek dari Blog braderjai. Ini pasal  Lim Guan Eng yang menggelarkan dirinya "Khalifah umar" dah mula nak buat pasai dah. Dah kome haramkan BTN , ni kome nak haramkan silat pulak ??


Pe cer nhe LGE???

Teman tak tahu lah kalau orang melayu yang dok menyembah si LGE ni. apa pon tak boleh lah.
lepas ni nak haramkan apa lagi? haramkan orang melayu duduk penang??

baca lebih lanjut di sini

Wednesday, 28 December 2011

MAI TENGOK ANAK IKAN MENARI


MEH TENGOK VIDEO NI DULU .HILANG STRESS .HAHAHA.KREATIF SAHABAT-SAHABAT TEMAN NI :)

PENTING :PERMOHONAN KE IPTA DI TUTUP 31 DISEMBER

TEMAN AMBIL ARTIKEL NI DARI KOSMO


 TARIKH-TARIKH PENTING

KLIK SINI :http://www.upu.my/


  • TARIKH TUTUP UNTUK PELAJAR YANG INGIN MEMOHON UNTUK MEMASUKI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM(IPTA) DAN POLITEKNIK PREMIER BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) FASA 1 , SESI AKADEMIK 2012/2013 IALAH PADA 31 DISEMBER 2011 INI. MAKA DENGAN INI PARA PELAJAR DIINGATKAN UNTUK SEGERA MEMOHON SEBELUM ATAU PADA TARIKH  TERSEBUT.


  • SEBELUM MENGISI BORANG TERSEBUT, PEMOHON PERLU MENDAPATKAN NOMBOR PENGENALAN YANG BOLEH DI BELI DI KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL(BSN) ATAU MENGGUNAKAN MESIN PENGELUARAN WANG AUTOMATIK BANK DENGAN HARGA RM 10.60

  • PENGISIAN BORANG TERSEBUT BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN MENERUSI LAMAN WEB WWW.UPU..MY YANG DI BUKA SEJAK 16 NOVEMBER LALU.



AUKU - APA KATA TUN MAHATHIR

‎[Artikle Blog Tun Dr. Mahathir Mohd]

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKUhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html

Triple S: Pada teman , AUKU tidak sama sekali menidakkan hak-hak mahasiswa.Hanya mahasiswa yang berfikiran sempit sahaja sibuk melaungkan AUKU ini menindas mahasiswa sekarang ini. Kenapa bila DS Najib mengumumkan AUKU akan dipinda ,tiba-tiba ramai sahaja yang muncul menjadi HERO kononnya MEWAKILI SUARA SEMUA MAHASISWA YANG TERTEKAN.


Teman tak rasa tertekan cuma teman sedih melihat kononnye kawan teman yang tidak faham apakah kebebasan menjadi LEMBU kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda polotik masing-masing.


31 DISEMBER 2011...Adam Adli Melakar Sejarah Lagi?!!!

Salam. teman amek berita ni melalui mstar online, iaitu  mereka melaporkan akan ada satu lagi perhimpunan selama 16 jam bro.16 jam bro?lu ade? lembu-lembu ni tak takut ke kena gantung .dah lah nak dekat final ni.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri ab Razak  yang di petik dalam portal Malaysiakini(Akbar LEMBU Pembangkang) perhimpunan akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 disember sehingga 1 petang esoknya.

Malam tersebut dinamakan ' Malam Talkin untuk Auku'(Akta Universiti dan Kolej Universiti)

untuk baca lebih lanjut klik sini



Tuesday, 27 December 2011

MAHASISWA LEMAU


Apa kome semua nak demo lagi? ape benda lah kome - kome ni semua. bila polis tahan nanti cakap POLIS JAHAT.POLIS KEJAM .Apa pon tak boleh.

kepada mereka - mereka yang menggelar diri mereka itu BEBAS.tak payah nak PROPA tak perlu menipu.
jangan jadi lembu .

selagi anda semua masih belajar. dalam universiti yang dibiayai oleh KERAJAAN tok sah cakap banyak lah..Teman cabar kome-kome yang suka buat huru hara ni.keluar dari IPTA p masuk IPTS sana.

LUKISAN LOGO DARI "RECYCLE EGG TRAYS"










  • Universiti Teknologi Malaysia(UTM) mencatatkan rekod dalam Malaysia Book Of records (MBOR) melalui lukisan logo terbesar menggunakan bekas sarung telut terpakai.
  • Lukisan itu mengadungi logo Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ,UTM, penganjur projek,Greenevo PES dan syariat cat Sequioa .
  • Dihasilkan oleh 107 mahasiswa UTM yang menggelarkan diri mereka Generasi Hijau.
  • Ia mengambil masa 12 hari bermula dari 8 Disember untuk menyiapakan lukisan yang berukuran 60 x 6 meter.
  • Penyempurnaan pemasangan telah disempurnakan oleh  Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA,Nor'Aini Wahab dan disaksikan oleh Timbakan Naib Canselor UTM,Prof.Datuk Dr.Marzuki Khalid.




JOM JAWAB BRO

KAJIAN PINDAAN AUKU 1971

Moh le jawab kawan-kawan.Yang dok jadi LEMBU tu,meh sini bagi cadangan dan saranan.


  • Ini berhubung dengan kenyataan akbar mengenai JAWATANKUASA PINDAAN SEKSYEN 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) yang akan menyiapkan cadangan pindaan kepada KPT awal bulan Februari depan.

  • Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod ,pengerusi jawatankuasa tersebut  berkata, cadangan tersebut akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa untuk bergiat dalam politik

  • Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik .

  • Semua maklum balas boleh di e-melkan ke e-mel rasmi  aukuwg@mohe.gov.my,akaun facebookhttp://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidikn   web http://www.mohe.gov.com.my

  • Secara amnya .Seksyen 15 AUKU melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian dalam kalangan mahasiswa sama ada dalam atau di luar kampus.

  • Nik Ahmad berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat. Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan.

  • Beliau berkata, peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg

  • Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya.
TRIPLE S : Jawab lah kawan-kawan.demi masa depan mahasiswa sekalian 





Friday, 23 December 2011

Walaupun teman terlambat nak hupdate pasal PERHIMPUNAN AMAN DI KPT rabu lepas. Teman tetap nak update jugak.hahaha
Meh sini tengok-tengok apa ada masa tu








sumber gambar braderjai :)

_________________________________________________________________________________
macam - macam bangsa ada. :)

komen teman : perhimpunan ini yang penting bukan demo macam BEBAS YANG BEBAL .Mereka semua berhimpun secara aman tanpa mengacau perik nasi orang lain. BEBAS??

BEBAS adalah suara minoriti mahasiswa yang TERTEKAN SEBAB KEHENDAK NAFSU AMARAH mereka yang tidak dapat dicapai keranan KONONNYA TERSEKAT OLEH AUKU .pui!

A.A.A ADAM ADLI

A.A.A.ADAM ADLI :)

MENUNGGU SESUATU YANG SANGAT SEDIH BAGIMU
SAAT MU HARUS BERDEMO DAN TERUS BERDEMO
MENANTIKAN KEHADIRAN ADAM ADLI
ENTAH SAMPAI KAPAN AKAN JADI LEMBU
SESUATU YANG SANGAT MANIS TUK BERDEMO
HIDUP DALAM BUANGAN LARI SANA SINI
KADANG KU BERFIKIR UNTUK JADI LEMBUMU
SAAT KAU DEMO DI SANA
OOO...

WALAU KAU JADI LEMBU ANUAR,
NAMUN HATI BEBAS SELALU DEKAT,
BILA KAU DEMO KAN AUKU
DAN RASAKAN AA A AUKU,

KEKUATAN CINTA DEMO TAK KAN PENAH RAPUH,
TERHAPUS RUANG DAN AUKU,
PERCAYAKAN KEBEBASAN INI,
AKAN BEBASNYA AA ADAM ADLI.

GELISAH SESAAT BILA ORANG DOK CURIGA,
ENTAH KE"BEBAS"ANMU HANYA SIA-SIA
DAN BERIKAN SATU JAWAPAN PASTI
ENTAH SAMPAI KAPAN KAU HARUS BERDEMO
SAAT KAU JAUH DI SANA UNTUK BERDEMO,
MERASUK KEDALAM FIKIRANKU MELAYANG,
TAK TENTU ARAH TENTANG AUKU
APAKAH SAMA YANG KAU LAUNGKAN.


LIRIK : TRIPLE S
LAGU:A.A.A.ADAM ADLI.

SELAMAT MENYANYI :)

PANAS: PERHIMPUNAN AMAN VS DEMO





Ini kononnya si lembu yang di tipu .kahkahkah.


Ini pengakuan salah seorang yang mengikuti perhimpunan aman rabu lepas.dengan menyatakan nama dan UNIVERSITI SEKALI .Nama dia terpaksa di hitamkan.nak mengelak salah laku :)
kawan teman ini berkata apa yang ditulis oleh bro saifullah zolkifly ini adalah tidak betul sama sekali.

kahkahkah.apa ke lembu nye kome ni Saifullah Zolkifly ??? Itulah teman dah cakap .jangan memfitnah.FITNAH itu dosanya lebih besar daripada membunuh.

BEBAS YANG BEBAL.any komen?KAHKAHKAH.

BANG PUDIN TAK DAPAT LARI

 Jeng jeng jeng..


keta abg pudin masuk


Akhirnya kawan-kawan teman dari ASPIRASI berjaya berjumpa dengan Dato' Saifuddin bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi 3 perkara.

Teman tengok dah macam aksi james bond.kejar mengejar.hahaha.apa-apa pon meh layan gambar.

lagi berita klik sini

terima kasih peniti tajam

PESTA BUKU DI UTM

layan sahaja video ini.zaassssssss
UTM akan adakan pesta buku sempena pemberian BAUCAR RM 200 ringgit

di UTM JB bermula 21 Januari- 21 Mac



UTM KL 16 Januari -19 Januari (hari kuliah  untuk pelajar diploma)
Untuk pelajar sarjana muda  kupon akan diberi selepas 16 januari
cadangan daripada MPM UTM 

 - fakulti sediakan senarai buku
-baucar di beri selpas final exam.

4 komponen yang dibolehkan untuk baucar RM 200

1) buku ilmilah.
2) majalah ilmiah.
3)jurnal ilmiah
4).alatan (pen ,pensil pendrive)


Apa lagi mahasiswa UTM .gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Alhamdulilah :)

PANAS: YANG PERGI PERHIMPUNAN AMAN DITIPU.PUI!

Salam dan morning u all.hahaha.awal teman bangun pagi ni.

dok terbelek-belek blog orang teman perasan 1 entry dari blog ini braderjai

teman rase berhempas pulas lepas nhe SMM ataupun BEBAS YANG BEBAL nak spin balik cerita mengenai entry ni. MAKLUMLAH kalau dah BIASA reka-reka cerita ni atau pun senang kata SUKA SANGAT NAK FITNAH -MEMFITNAH ni.


moh baca reramai .perkara baik tak elok lambat-lambatkan.


Apakah???Adakah budak ni nk menjadi Adam Adli II atau bakal mencetuskan fenomena
SaifullahZolkiflisme??Kat sini Brader Jai ade 4 persoalan untuk pembaca nilai_____________________________________PERSOALAN 1 : BETUL KE BUDAK NAK PERGI PROGRAM BERSAMA PERDANA MENTERI??

baca lebih lanjut .klik sini :braderjai
________________________________________________________________________________

komen teman : bro .lu fitnah agak-agak der.lu cakap LU JADI LEMBU LAH,DEMO SEBAB DUIT LAH.pui!asal tak cakap lu memang saja nak pegi perhimpunan tu nak jadi spy.lepas tu lu nak fitnah semua budak aspirasi yang pergi .lu patut pergi terjun lombong lah bro.

lu memang LEMBU!!LEMBU SMM,LEMBU BEBAS YANG BEBAL, TU MEMANG PADAN DENGAN LU BRO.
jangan main fitnah -fitnah bro.nanti makan tuan .macam ......:)

BEBAS YANG BEBAL dan SMM any komen ?



Thursday, 22 December 2011

BEBAS YANG BEBAL.ops~~



kepada PEJUANG BEBAS YANG BEBAL DI LUAR SANA. Apa kata luangkan masa tengok video ni.
khas untuk kome-kome semua yang BEBAS lagi BEBAL .

tak percaya lagi.meh sini tengok link blog SMM yang di naungi oleh PRO MAHASISWA seluruh IPTA.PUI!!
BLOG SMM: SMM

cakap tak serupa bikin macam mentor kome lah BANG NUAR Tu :)
apa pun tak boleh.PUI!

ASPIRASI MENIPU??



salam.apa kes ni?? adakah propaganda dari SMM??hahaha .teman pergi ke perhimpunan aman ini,teman tak dapat apa-apa pun.kebetulan teman ada kem dan teman memang tiada kelas :)

KEPADA JENTERA-JENTERA PENGERAK ASPIRASI.apa komen anda? TAK KAN NAK DIAM JE BEB??

BALAS!!JANGAN DOK DIAM JA.

Dato' Seri Khaled Nordin Bersalah??


Salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, BERITA PANASSS  yang sedang berlaku sekarang adalah isu bendera DSN yang diturunkan oleh sekumpulan mahasiswa minoriti yang KONONNYA memperjuangkan BEBAS pada hari Sabtu yang lepas. 

Kami dari pihak mahasiswa sebenarnya  sangat TIDAK BERPUAS HATI dengan tindakan mahasiswa minoriti tersebut dan tindakan seorang pemimpin yang terlalu bersikap terbuka kononnya dengan menyokong tindakan keanak-anakan dan tindakan yang langsung tak professional dari pihak diorang nie. 

Dan impaknya, lihatlah sekarang, bukan setakat nama dia tercemar teruk, tak pasal pasal nama Menteri KPT dan nama KPT sendiri tercalit sama. Kalau di beri muka dan member muka sangat macam nie la jadinya...HAMPEH SEMUA!!!!

Sumber; klik sini.

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.



Apa yang Menteri KPT lakukan sehingga namanya turut terpalit tahi? Sampai gambarnya diterbalikkan, dipangkah? THIS IS NONSENSE!!!!!!

“Letakkan diri anda sebagai seorang pemimpin negara yang gambarnya diterbalikkan dan dipangkah sebegitu? Seronok mungkin??????!!!”

Kenapa DS Khaled Nordin berdiam diri pulak berhubung isu nie? Adakah memang sebenarnya DSKN nie memang tak kisah langsung dengan isu yang berlaku?

Sebenarnya,  DSKN TIDAK ADA HAK  untuk campurtangan dalam hal ini kerana perkara ini berlaku di luar kampus dan juga berada dalam luar lingkungan bidang kuasa beliau. Manusia pendengki memang suka memburukkan orang, dan kalau DSKN layan perkara remeh macam nie habislah masa yang beliau ada untuk lakukan tugasnya sebagai Menteri.

Siapa yang menyebabkan perkara kecil ini menjadi satu isu yang besar??!

Untuk pengetahuan korang lah kan, perkara ini tidak akan menjadi besar sekiranya tiada“HERO” yang secara tiba tiba ‘TERBANG’ untuk bersua muka dengan sekumpulan mahasiswa minoriti yang bertindak biadap. “HERO” ini kemudiannya menerima memorandum daripada mahasiswa biadap tersebut.

Persoalannya, mengapa perlu menerima memorandum daripada sebuah persatuan yang tidak diiktiraf??

Tidak mahu tidak, Menteri KPT seharusnya TIDAK DIPERSALAHKANdalam perkara ini. Kami yang juga merupakan suara mahasiswa memandang dari satu sudut intelektual merasakan tuduhan terhadap Menteri KPT adalah suatu benda yang TIDAK BERASAS dan TIDAK MASUK AKAL.

THIS IS SO NONSENSE!!!

Tuesday, 20 December 2011

Dengarlah nasihat brader-brader


Assalammualaikum w.b.t

Apa kaba kome-kome semua?sihat?.teman sihat.alhamdulilah.minggu ni teman rasa popular betul kawan teman yang sorang ni.

Adam Adli aka AA :) mahasiswa UPSI. Benar ,ramai yang marah dan ramai juga yang menyokong tindakan berani tak bertempat AA ini. Sebelum ni,teman dah siarkan entry untuk AA ni . Kali ni teman nak sharekan lagi mengenai entry AA ini yang ditulis oleh kawan cyber teman Brader Jai.


Nasihat Brader Jai Kepada Adam Adli
Salam..Malaysia dikejutkan dengan 'keberanian' seorang insan bernama Adam Adli menurunkan gambar DS Najib di PWTC
Ramai marah,Brader Jai tahu
Namun perkara ini Brader Jai kira sebagai simbolik kepada keinginan anak-anak muda ini untuk 'menurunkan' kerajaan  Barisan Nasional pada PRU akan datang
Namun harus kita ingat bahawa
Bukan semua mahasiswa dan anak muda mahu kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang
Dan masih ramai lagi melihat perkara ini sebagai satu tindakan biadap kepada seorang insan yang memerintah negara
Dan masih ramai tak tahu bahawa nk memerintah negara ini bukan perkara yang mudah.Semudah mulut berkata
Mulut memang mudah melafazkan kata-kata keadilan,keadilan dan keadilan
Namun
Adam Adli
Anda juga seorang ketua dalam satu gerakan
Anda tahu kepayahan menguruskan sesuatu organisasi
Begitu juga orang lain
Adakah anda pernah mengambil pendekatan untuk menyelami sendiri kehidupan DS Najib?
BACA LEBIH LANJUT : braderjai

Sampai bila mahu bohong?

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my




PADA Sabtu lalu, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Menurut negarawan itu, beliau tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Ketua Pembangkang itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Cabaran itu dibuat ekoran portal propembangkang, Malaysiakini melaporkan Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini, mendakwa Dr. Mahathir telah melakukan perbuatan yang akan merugikan negara itu.

Dalam reaksinya sehari selepas itu, Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran berkenaan termasuk mendakwa apa yang dibangkitkannya melibatkan soal rasuah dan jenayah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah. Sebenarnya, berbohong, memutar-belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi tabiat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah sesuatu yang baru.

Ini dapat dilihat pada 1998, apabila beliau mendakwa menyimpan enam kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini tidak pernah didedahkan.

Pada 1999 pula, Anwar digambarkan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat berikutan terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya menggunakan racun asernik. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi penyampai segala dakwaan Anwar itu turut menuduh suaminya disuntik dengan virus HIV semasa dalam penjara dan akan meninggal dunia dalam tempoh singkat kerana AIDS.

Isu keracunan arsenik dan virus HIV itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Pun begitu, walaupun diramal meninggal dunia dalam tempoh singkat, sehingga kini, Anwar segar bugar dan pemeriksaan yang dilakukan doktor mendapati tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuhnya.

Biarpun berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kreativiti Anwar dalam menghasut dan meracuni fikiran rakyat tidak pernah luntur.

Semua ini dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya dan untuk mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya.

Pada 2001, Anwar digambarkan berkeadaan sangat uzur hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher kerana menghadapi sakit belakang yang kronik. Penipuan mengenai penyakit yang dihidapinya terbongkar apabila satu rakaman video menunjukkan Anwar dalam keadaan sihat ketika berada di hospital.

Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, beliau dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapat rawatan di Hospital Munich, Jerman.

Sebaik sahaja tiba di Munich, stesen televisyen CNN menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan beliau tidak lagi memakai pendakap leher dan boleh berjalan sendiri tanpa kerusi roda walaupun belum dirawat.

Dalam pada itu, tidak semena-mena apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa diliwat pada Jun 2008, Anwar berkejar ke kedutaan Turki bagi mendapat perlindungan dengan alasan menerima ugutan bunuh. Persoalannya siapa yang mahu membunuh Anwar? Pelbagai pihak selepas itu menyifatkan tuduhan beliau ‘tidak masuk akal sama sekali’, tambahan pula beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.

Anwar juga mendakwa ulama terkenal, Prof. Dr. Yusuf Al- Qardawi turut menyokongnya apabila dituduh terlibat dalam kes meliwat Mohd. Saiful.

Akhirnya, penipuan itu terdedah apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang juga bekas peguamnya mendedahkan bagaimana beliau diminta menyediakan soalan berbentuk berat sebelah bagi mendapatkan fatwa Yusuf untuk menyokong Anwar.

Pada 17 Mac 2010, sekali lagi tembelang Anwar terdedah apabila bekas sahabat baiknya yang Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu pernah mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi ‘rampasan kuasa 16 September’ 2008 yang tidak kesampaian.

Antara pembohongan Anwar yang didedahkan Zahrain ialah 31 ahli Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertai pembangkang dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sedang menunggu di Istana Negara untuk mengesahkan bilangan yang melompat parti itu.

Bagi memperbaiki imejnya yang telah tercalar ekoran pendedahan Zahrain itu, Anwar sekali lagi menunjukkan taringnya sebagai ‘raja putar alam’ apabila mencanangkan di Dewan Rakyat kononnya gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Apco Worldwide, syarikat perunding Amerika Syarikat yang dituduhnya di belakang kempen One Israel. Walaupun dicabar beberapa kali supaya membuktikan dakwaannya itu, Anwar gagal menyerahkan bukti terbabit kepada Parlimen walaupun diberi tempoh yang cukup. Berikutan itu, Anwar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang kemudiannya memutuskan untuk menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 16 Disember 2010.

Zulkifli yang merupakan bekas orang kuat Anwar ketika mengulas isu Apco itu berkata, antara sebab beliau tawar hati untuk terus bersama PKR adalah berikutan sikap Anwar yang memutarbelitkan fakta.

‘‘Kerana slogan 1Malaysia dan One Israel yang kelihatan sama, maka terus dituduh Malaysia telah diresapi dan dipengaruhi Yahudi.

‘‘Bagaimana pula dengan lambang satu mata Illuminati Yahudi dengan lambang satu mata PKR? Adakah wajar kalau orang menuduh ia dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? '' katanya.

Mengenai isu sakit belakang yang dialami Anwar, Zulkifli berkata, beliau sendiri tidak sedar penipuan yang dilakukan berikutan kepandaian Ketua Pembangkang itu berbohong.

‘‘Bayangkan saya yang menjadi peguamnya selama bertahun-tahun dan kerap menziarahi dia semasa dalam Penjara Sungai Buloh pun boleh kena kelentong begitu lama, ingat dia sakit belakang sampai tak boleh bangkit,’’ ujarnya.

Sementara itu, Zahrain yang mengulas isu sama berkata, rakyat harus mengingati tarikh 16 September 2008 sebagai bukti pembohongan Anwar yang begitu jelas dan nyata.

Mengenai cabaran Dr. Mahathir supaya Anwar menjunjung al-Quran berhubung isu surat kepada Bank Dunia, beliau menyifatkan, dakwaan Penasihat PKR itu hanyalah strategi mengganggu kepercayaan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri itu dan BN.

Katanya, beliau dimaklumkan Anwar pada masa ini amat tertekan dengan kes liwatnya itu dan berikutan negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Nampaknya setelah hampir 12 tahun berlalu, rakyat Malaysia terus dibohongi Anwar. Persoalannya sampai bila beliau perlu berbohong dengan menganggap ia tidak akan disedari oleh sesiapa.

Ingatlah, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru buat selama-lamanya. Semoga kedatangan 2012 yang dikaitkan sebagai era transformasi besar-besaran terhadap evolusi umat manusia akan membuat Anwar sedar mengenai kewajipan seseorang muslim untuk bercakap benar walaupun pahit.

TRIPLE S : BANG NON BILA NAK BERSUMPAH NI?
SUMBER : UTUSAN

Monday, 19 December 2011

ADAM ADLI MOHONLAH MAAF

Salam rakan-rakan siswa.

Tahukah anda siapakah Adam Adli Bin Abd Halim? MU terbaca pertanyaan rakan-rakan siswa yang prihatin tertanya-tanya tentang siapakah insan ini sehinggakan dunia alam maya ini mula dibanjiri dengan artikel tentang insan ini. 

Adam? Indah sebenarnya maksud nama ini. Ikutan, Teladan, di samping nama Nabi dalam Islam. Namun sayang, MU tidak merasakan insan seperti ini layak dijadikan ikutan, apatah lagi teladan.
Kenapakah? Siswa ini, bakal pendidik kelak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri yang kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Jawapan diterima, itu tindakan di luar kawalan. Sekiranya benar sudah matang, perkara seperti ini TIDAK sepatutnya berlaku.



Adakah tindakan-tindakan ini wajar bagi seorang mahasiswa? Wajarkah? Tidak cukup mengetuai demo, bendera Perdana Menteri kita diturunkan seterusnya diganti dengan bendera mereka? 

Terjumpa pula gambar-gambar ini.





Kata mereka, berhimpunnya mereka adalah untuk menyerahkan memorandum. Tetapi, MU masih mencari rasionalnya menurunkan bendera Perdana Menteri tersebut? Kenapa ya? <buntu>. Syukur insan seperti ini dapat dikesan lebih awal supaya virus-virus nya tidak terus merebak. 

Andai bicara MU ini mungkin sekadar picisan, ingatlah kata-kata ini,

…Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar.
…Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik.
…Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan mereka, masa depan masyarakat, masyarakat orang Melayu.
…Esok dah keluar universiti, dah dapat apa yang kita kejar, nak berpolitik, berpolitikla.
…Duit orang lain, kita belanja buat politik? Tak nak la…
-Tun Dr Mahathir Mohamad-


Terbaca juga status FB seorang rakan, mahasiswa di UPSI:

salam... 
Mencelah seketika...
Renungan untuk semua..
UPSI megah dgn kelahiran pendidik yang membentuk perkembangan negara.
Saya dan sahabat UPSI tetap dengan pendirian tidak bersama ideologi Adam Adli. 
Kami sayang UPSI.. kepada bloger2 luar.. hentikan cemuhan keatas UNIVERSITI kami.. kami pelajar biasa yang tidak terlibat dengan Adam Adli tidak patut menerima cercaan yang sama..

p/s: Kepada Adam Adli Bin Abd Halim dan yang berkenaan, tidak salah rasanya kamu memohon maaf bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri bahkan kepada rakan-rakan siswa yang lain khususnya dari UPSI kerana tindakan itu. 

Kepada bakal-bakal pendidik, buktikanlah anda layak menjadi pendidik anak bangsa kita kelak. Tidak selesa rasanya kalau MU sendiri di tempat rakan-rakan khususnya rakan-rakan siswa di UPSI. Betullah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

TRIPLE S : GOOD JOB KAWAN-KAWAN TEMAN DARI SISWA UTARA :)
SUMBERMAHASISWA UTARA


Isu mahasiswa koyak bendera: Saifuddin serah kepada polis

KUALA LUMPUR19 Dis. – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tindakan mahasiswa yang menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.


Beliau berkata, kementeriannya tidak akan melakukan sebarang tindakan ke atas mereka kerana insiden tersebut berlaku di luar kawasan kampus.


"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) perlu meminta maaf atas perbuatan mereka kerana ia merupakan satu tindakan yang terkutuk,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.


Sabtu lepas, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi Bebas, Muhd Safwan Anang@Talib yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


Sebelum itu, Muhd. Safwan bersama kira-kira 200 orang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menganggotai Bebas telah ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah.


Seterusnya, mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjumpa Saifuddin untuk menyerahkan salinan memorandum yang sama. Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.


Saifuddin berkata beliau memutuskan untuk berjumpa ahli SMM dan Bebas selepas mendapat maklumat bahawa mereka sedang berarak ke PWTC dengan diiringi anggota polis.


"Saya berpendapat sekiranya saya menerima memorandum dari anggota SMM dan Bebas itu maka mereka akan bersurai dengan aman, terbukti jangkaan saya betul.


"Bagaimanapun, insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri hanya berlaku kira-kira satu jam selepas saya meninggalkan kawasan PWTC itu, dan perkara itu diketahui menerusi Twitter,” katanya.


Beliau berkata kementerian tidak menghalang kebebasan bersuara di kalangan penuntut IPT tetapi tindakan mereka amat dikesali dan berharap mereka segera meminta maaf kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. - BERNAMA


SUMBER : UTUSAN

BAUCAR DAN BAUCAR LAGI



JOHOR BAHRU - Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.



Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.


"Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.


"Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan," katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam.


SUMBER:KOSMO

Dakwat Kekal Akan Digunakan Pada PRU-13


PUTRAJAYA:
 Dakwat kekal 'silver nitrate' akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Abdul Aziz berkata dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.


Beliau berkata dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Dis untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum, katanya.

"Oleh kerana ia berlainan sumber (daripada yang sepatutnya digunakan pada 2008), maka perlu melalui proses semula seperti dulu. Ia bukan dakwat yang sama.

"Dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit dijari (di kuku) ia akan diserap dalam kuku kulit. Lagi tinggi peratus silver nitrate, lagi lama ia kekal di jari," kataya pada sidang media di sini Isnin.

Abdul Aziz berkata penggunaan dakwaat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pengerusi SPR itu bagaimanapun enggan memaklumkan sumber negara dakwat kekal itu diimport, warna dakwat itu dan kuantiti yang akan dimport kelak.

Katanya semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal itu dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

"Saya tidak mahu sebut negara mana ia diperoleh bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini daripada segi keselamatan dan sebagainya. Ia boleh diperoleh daripada berbagai-bagai negara. Banyak negara mengeluarkan dakwat kekal. Dakwat ini telah digunakan dalam pilihan raya-pilihan raya di negara berkenaan dan di negara lain," katanya.

Abdul Aziz berkata dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.

Bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil, Abdul Aziz berkata SPR buat julung kali memperkenalkan 'pengundian awal' iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata pengundian awal, yang bertujuan menambah baik lagi proses pengundian di Malaysia, sama seperti undi biasa tetapi ia diawalkan dua tiga hari sebelum hari pengundian sebenar.

"Saya tidak kata undi pos akan dihapuskan. Tetapi dalam keadaan tertentu, undi awal ini hanya akan digunakan kepada kategori pemilih yang layak dan wajib mengundi. Sebab mereka boleh bertugas pada hari pilihan raya," katanya.

Katanya bagi anggota dalam kategori berkenaan yang tidak dapat hadir pada pengundian awal kerana urusan tugas, mereka masih boleh mengundi melalui undi pos tetapi terlebih dahulu perlu memohon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Abdul Aziz berkata SPR juga sedang membincangkan status dan kaedah tertentu bagi memastikan petugas media dapat melaksanakan tanggungjawab mengundi mereka.

Menurut beliau, SPR turut memutuskan untuk tidak lagi membenarkan calon menarik diri atau membuat bantahan selepas proses pencalonan selesai.

"Dulu selepas penamaan calon boleh tarik diri, sekarang tak boleh lagi. Tidak boleh buat bantahan dalam satu jam atau tarik diri dalam masa tiga hari. Kalau dah buat pencalonan. Itu sahaja, kecuali Pegawai Pengurus (Pilihan Raya)mendapati calon berkenaan tidak lagi di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.Tidak lagi ada bantahan, tidak boleh tarik diri lagi," katanya.

Dengan kaedah baru ini, katanya SPR akan mempunyai tempoh masa secukupnya untuk mencetak kertas undi dan seterusnya diedarkan ke kawasan-kawasan tertentu.

Abdul Aziz berkata SPR juga memutuskan untuk mempamerkan daftar pemilih 14 hari berbanding tujuh hari sebelum ini.

Katanya SPR juga membenarkan Orang Kurang Upaya (OKU) ditemani oleh orang yang dipercayai selain ahli keluarga dan saudara-mara terdekat namun mereka perlu berumur 21 tahun ke atas dan warga negara Malaysia.

"Semua ini dipersetujui jawatankuasa tersebut dan ia perlu dipinda di bawah Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981. Selain itu SPR juga sedang mengkaji perkara-perkara tertentu, kuasa undang-undang kepada SPR supaya diberikan lebih kuasa dan tiada sangat bergantung kepada orang lain," katanya.- BERNAMA

SUMBER : mSTAR

TRIPLE S:
NO KOMEN..HURM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...