Di saat mungkin mahasiswa berteka-teki mengenai peluang kerjaya kelak, suka di sini ingin berkongsi dengan rakan-rakan siswa mengenai Skim Latihan 1Malaysia. Skim yang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran mahasiswa yang dengan erti kata lain skim yang akan melatih graduan untuk mendapat pekerjaan. Tahukah rakan-rakan mengenai skim latihan ini?
Apakah objektif skim ini?
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.
Sedikit latar belakang skim.
Setiap graduan keluaran universiti adalah aset Negara. Oleh itu Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui program-program yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program tersebut telah berjaya mengurangkan mismatch antara keluaran universiti dan keperluan industri. Selain daripada itu, beberapa institusi lain juga turut mengambil peranan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Bank Negara Malaysia misalnya telah melaksanakan program latihan singkat kepada sejumlah 500 graduan daripada latar belakang keluarga miskin yang mana telah membolehkan graduan tersebut mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Graduan tersebut adalah antara pelajar cemerlang yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 3.0. Mereka pada awalnya sukar mendapat pekerjaan kerana kurang keyakinan dan pendedahan kepada aspek sosial etiket sebenar alam pekerjaan. Setelah mereka menjalani latihan pembangunan sahsiah dan internship, mereka mendapat keyakinan diri sehingga terpilih untuk bekerja dalam syarikat-syarikat besar.
Berdasarkan kejayaan program tersebut, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program ini sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) melalui penglibatan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta secara corporate social responsibility (CSR).
No comments:
Post a Comment