Followers

Tuesday 13 December 2011

AUKU demi KAMPUS




KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi menjamin keharmonian dan keamanan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di seluruh negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara pindaan yang dilakukan adalah termasuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.
Bagaimanapun katanya, kampus tetap dikekalkan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.
Ini bermakna mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik di luar kampus sahaja. Mereka tidak dibenarkan membawa masuk sebarang aktiviti berunsur politik ke dalam kampus, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Khaled menegaskan, sehubungan itu, Jawatankuasa Pindaan AUKU yang dikendalikan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menurutnya, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmoditu dianggotai oleh sembilan lagi panel.
Katanya, antara ahli panel tersebut ialah Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi; Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Wan Azman Wan Omar serta Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Seow Ta Wee.
Beliau menjelaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengumpul pandangan serta respons serta melihat pindaan AUKU itu secara keseluruhan termasuk memastikan ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.
Sehubungan itu, beliau meminta mahasiswa dan ahli-ahli akademik supaya mengadakan perbincangan dan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa itu melalui media sosial.
Saya difahamkan, majlis perwakilan pelajar (MPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut pada Ahad ini manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pula Isnin depan.
Perbincangan itu dijadualkan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ujarnya.
Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu dijangka disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan Januari depan dan dibentangkan di Parlimen pada Mac.


crdited to SARFAMS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...