Followers

Monday 12 December 2011

Cadangan MRSM Khas Untuk Anak-Anak Orang Asli

KUALA KLAWANG, 9 Dis – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bercadang mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas bagi pelajar Orang Asli.
Mengumumkan demikian, Timbalan Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, “Cadangan itu baik tapi ia memerlukan kajian yang lebih terperinci. Kita terlebih dahulu akan mendapatkan maklum balas dan pandangan dari semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pelajaran dan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia”.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup program Mesra Didik Pelajar Orang Asli 2011 yang disertai 355 orang pelajar darjah 6 Orang Asli dari Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata jika perkara ini terlaksana, ia adalah seperti MRSM untuk anak-anak Felda; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Kita serius dalam perkara ini untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini,” katanya.
Program empat hari itu merupakan bengkel bagi persediaan pelajar Orang Asli yang berada dalam darjah 6 memasuki ke tingkatan 1 dengan tumpuan kepada sekolah rendah 100 peratus pelajar Orang Asli.
Pada tahun ini seramai 2,562 orang pelajar daripada 93 buah sekolah 100 peratus pelajar Orang Asli akan menamatkan persekolahan darjah 6 mereka.
Tujuan program itu ialah mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli dari darjah 6 ke tingkatan 1 dan ini seterusnya akan dapat meningkatkan bilangan masyarakat Orang Asli yang berpendidikan.
Indeks Prestasi Utama (KPI) KKLW pada tahun ini ialah pengurangan kadar keciciran 31.77 peratus pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah kepada 26 peratus

SUMBER:UMNO ONLINE
P/S : ini lah konsep rakyat didahulukan.pencapaian diutamakn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...