Followers

Saturday 12 October 2013

HOT: Tarikh Pilihanraya Kampus Terbongkar

SMS rasa majoriti pelajar dah tahu mengenai tarikh pilihan raya kampus(PRK), tapi yang peliknya. surat khabar mana yang keluarkan tarikh ini? jika ada dalam kalangan sahabat SMS yang tahu. mungkin boleh bagi link :)


ohh. cubaan fitnah dari PRO MAHASISWA @ kroni Persatuan Mahasiswa Islam
sudah-sudah lah . menyampah...





Wednesday 10 April 2013

HOT : BETULKAH KAKITANGAN KERAJAAN TERANCAM?





KENYATAAN TONY PUA

Bangsa mana yang paling ramai dalam penjawat awam??





yang sedihnya, bangsa melayu sendiri menyokong untuk melihat wawasan DAP ini dapat dilaksanakan.

BUAT PENJAWAT AWAM YANG MASIH MENYOKONG PEMBANGKANG, BUKA MATA, CELIKKAN MINDA,

JANGAN GADAIKAN NEGARA UNTUK KEPUASAN POLITIK YANG TIDAK TENTU HALA.



"Kami digelar hamba rakyat,
Mengais rezeki memberi nikmat,
Meski sering dihina di khalayak ,
Dek perkara di luar mampu dan hak
Demi kuasa yang di dambakan,
Kami redha,
Kerana kami berkhidmat demi negara,
DEMI MALAYSIA"

DEMI AGAMA , BANGSA DAN TANAH AIR




Tuesday 26 March 2013

Pemergian Ulama Besar Negara

Al-fatihah buat Ulama Besar Negara Dr Muhammad Uthman El-Muhammady

KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.

Sumber: Mynewshub

Dimaklumkan Almarhum yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah 2005 telah mula mendapatkan rawatan di hospital semenjak 4 bulan lepas akibat strok serta meninggal akibat serangan jantung. AlFatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...