Followers

Thursday 15 December 2011

SURAT PELEPASAN KULIAH

Prof Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh

Tuan

PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih.

3.        Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta pihak tuan memberi pengecualian kepada 2 orang pelajar ini bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya. Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Jadi kami dengan jujur dan ikhlas akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami. berikut adalah senarai pelajar terbabit:

                        i) Mohd Syahsaf bin Rempit
                        ii) Ermastura bt Abu

4.        Berikut adalah butir aktiviti:
                             
                        i) Tempat: Dataran Afrika Jaya
                        ii) masa- 2 petang (kelas pagi tak boleh)
                        iii) Penganjur- Parti Amat Susah

5.        Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini dan sesungguhnya perjuangan parti politik kami ini sangat penting dan murni hasratnya daripada kelas yang sentiasa bosan dan membuatkan pelajar mengantuk.( aduan pelajar sendiri)

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian.

Yang selalu benar ,orang lain semua salah.

amat_121

Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah
SUMBER : http://danialatifnasiren.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...