Followers

Friday 16 December 2011

KEDAI IKAN RAKYAT 1 MALAYSIA


Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia
Alhamdulilah.satu lagi projek di bawah gagasan 1 Malaysia (KR1M).untuk rakyat Malaysia :)
Walaupun teman terlambat sedikit nak hapdate mengenari isu ini.tetapi macam biasa teman nak nulis,teman punye suka lah nak update apa je teman suka.hehe

artikel ini teman ambil daripada salah satu blogger terkemuka yang teman suka
http://mymassa.blogspot.com/2011/12/kedai-ikan-rakyat-1malaysia-air-liur.html
apa lagi yop.moh le kita bace ye..
LAWATAN kerja team mymassa ke Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di Setiawangsa untuk melihat sendiri perkembangan dan sambutan rakyat terhadap Kedai Ikan berkonsepkan 1Malaysia.

Team Mymassa mendapati kunjungan orang ramai tidak putus-putus memasuki Premis Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia. Baik golongan wanita, lelaki, pelajar IPT, orang bujang malah pemerhatian Mymassa mendapati masyarakat Cina dan India turut mengambil peluang di atas kewujudan Kedai Ikan berkonsepkan 1Malaysia itu.

Mymassa berasa bertuah kerana kebetulan dapat berjumpa sendiri dengan CEO Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang kebetulan juga merupakan pemilik Ikan Bakar Sekinchan dan syarikat IBM Automobiles Sdn. Bhd. iaitu Dato' Jamal Md. Yunos. 

Beliau menceritakan hasrat beliau melahirkan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia merupakan salah satu sokongan kepada Idea Y.A.B. Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak, melalui Konsep 1Malaysia untuk membantu segenap lapisan rakyat supaya dapat sama-sama dapat berbelanja dengan harga yang lebih murah dan berkualiti.

Menurut beliau, harga ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia jauh lebih murah berbanding harga di pasaraya-pasaraya seperti Giant malah di Pasar. Kebaikannya, menurut beliau lagi pasaraya-pasaraya tersebut dan juga di Pasar-Pasar terpaksa menurunkan harga mereka kerana harga Ikan di Kedai Rakyat 1Malaysia jauh lebih murah.

baca lebih lanjut .klik SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...