Followers

Showing posts with label KPT. Show all posts
Showing posts with label KPT. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

LEGASI MAHASISWA PROGRESIF (LAMPI) LABEL MENTERI BODOH??

Wah.wah.wah memang biadap mahasewel ini. Bagus sangat ke diri nak label orang lain BODOH ?















tapi macam biasa tak dapat sambutan pun.kahkahkah.kena kutuk lagi adalah.





                               







Rasulullah SAW bersabda maksudnya, 
“Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” 
(Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)




Nabi SAW bersabda maksudnya :
” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

LMP oh LMP, sudah-sudah lah tu..

bak kata pepatah 
" terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ,padah jawabnya "




Monday, 9 January 2012

UTM DIUMUM IPT BERAUTONOMI PENUH




JOHOR BAHRU, 8 Januari:
 Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin membuat kejutan apabila mengumumkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diberi status universiti berautonomi penuh.

Pengumuman itu dibuat semasa beliau menyampaikan ucapan di majlis penyampaian sijil Biasiswa Endowmen dan surat tawaran mengikuti Five Excellent Tracks Programme (5ETP) di Dewan Senat hari ini.

“Saya ingin umumkan di sini bahawa UTM adalah antara beberapa universiti yang telah berjaya mendapat status berautonomi penuh dan nama universiti lain akan diumumkan semasa amanat tahun baru nanti,” katanya.

Dato’ Sri Mohamed Khaled berkata, status berkenaan berkuatkuasa tahun ini memberi kuasa kepada universiti antaranya dari segi urus tadbir, kewangan dan pengambilan pelajar.

“Autonomi berkaitan dengan kecemerlangan dan tidak ada alasan lagi bagi universiti yang mendapat status berkenaan untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

sumber :newshub utm

TRIPLE S :
TAHNIAH UTM .:)

Sunday, 8 January 2012

TAK NAK 901


SALAM 



APA KABO KOME SUME? HEHEHE.EA.ESOK DAH 9 JANUARI. 901 .ADA APA DENGAN 901?
HAHAHA..TAK TAHU LAH TEMAN KALAU KOME IDOK TAU .

BERSALAH KE TIDAK PAK NUAR , SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT.


OKE. BERBALIK PADA TAJUK ENTRY, TEMAN NAK HAPDATE PASAI SESI SIDANG MEDIA JELAJAH AMAN KAMPUS YANG BERLANGSUNG DI UITM SHAH ALAM ,SEMALAM OLEH  MAHASISWA PRO-ASPIRASI , YANG DIWAKILKAN OLEH NGO-NGO SERTA WAKIL MAHASISWA SELURUH IPT UNTUK MENYATAKAN HASRAT TIDAK MENYOKONG PERHIMPUNAN 901.


OPS.TAPI KAN MANA P "BEBAS", SMM ,SAMM DAN PRO MAHASISWA YANG MENDECLAREKAN PERSATUAN KOME-KOME INI BEBAS (TIADA CAMPURTANGAN PARTI POLITIK). KOME TAK NAK BUAT SIDANG MEDIA KE TAK BERSETUJU PERHIMPUNAN 901?? KATA KOME BEBAS ?? KE KOME TAKUT ? HEHEHEHE. KE KORANG PENYOKONG TEGAR PAK NUAR NI.ISH.ISH.ISH..


BERIKUT MERUPAKAN MEMORANDUM YANG AKAN DISERAHKAN KEPADA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK.






ANTARA ISI KANDUNGAN MEMORANDUM 
MAHASISWA AMAN TOLAK 901:

1) Minggu Peperiksaan Akhir dan Waktu Kuliah
2) Keselamatan Diri Mahasiswa
3) Himpunan 901 Tanpa Penglibatan Mahasiswa & Pelajar Sekolah
4) Penguatkuasaan AUKU 1971 Pindaan 2009 Dapat Mengekang Mahasiswa Diperalatkan Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab
5) Pertahankan AUKU 1971 Pindaan 2009

TEMAN TAK KISAH KALAU MAHASISWA NAK PERGI ,TAPI SENDIRI MAHU INGATLAH. 

PILIHAN DI TANGAN MAHASISWA .


PADA TEMAN MAHKAMAH DAH BAGI PELUANG PADA PAK NUAR NAK PERTAHANKAN DIRI.TAPI APA DIA BUAT? 60 PENANGGUHAN KES BEB, KOME ADA? HAHAHA.
LAGI SATU , KALAU TAK SALAH BUAT APA SURUH ORANG DATANG  MAHKAMAH BUAT PERHIMPUNAN BAGAI?? MASALAH PERIBADI JANGAN LIBATKAN RAKYAT LAH.


DATO' HASSAN ALI EXC0 PAS SELANGOR PUN TAK SOKONG 901 NI. BUAT MALU JE LAH. YANG  PROGRAM HIMPUN TAK NAK PULAK BAWAK RAKYAT PERGI  JOIN SEKALI. APA PON TAK BOLEH BRO.



TRIPLE S :
 ALLAH ITU MAHA ADIL, MOGA ALLAH BUKAKAN PINTU HATI RAKYAT MALAYSIA, SUPAYA TIDAK MENYOKONG PERHIMPUNAN 901. AMIN

TERIMA KASIH CST










Thursday, 5 January 2012

KRONOLOGI POLITIK KAMPUS UPSI

SALAM

MOH LE BACA

KRONOLOGI POLITIK KAMPUS UPSI YANG BERMULA DARIPADA TAHUN 2002



Tahun 2002
MPPUPSI  ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh amir hamzah dan ust fauzi.Ustaz fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di upsi.USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
 
Bagi  menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP .Beliau ialah saudara shahruddin .Juga digelar sharudin songkok tinggi .Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini upsi dan pegawai hep nya sememangnya menyebelahi pembangkang. inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu.Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.
 
Tahun 2003
 
Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan.Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI.Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro pas. pro pas pula mendapat dana yang di salirkan oleh pertubuhan luar.
 
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat  14 kerusi dan  aspirasi mendapat 12 .YDP MPPUPSI dipegang  oleh Ust fauzi bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, fauzi bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di upsi.
 
Tahun 2004
 
Gerakan MPPUPSI lebih menyengat di zaman dato dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain.Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro pas.Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan hep ketika itu. sekarang pegawai tersebut masih ada lagi di upsi.
 
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula takut dengan movement aspirasi..Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.
 
MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul ( dihantar mengajar ke sarawak atau sabah tak silap )dan Nydp Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di batu pahat.Najib membawa watak agama yang tinggi  sehingga membuktikan bahawa kumpulan fauzi bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan islam.Kabinet aspirasi  dikuasai oleh pihak aspirasi.
 
Tahun 2005
 
PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi .Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(kolej harun aminurashid).Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat  speaker corner oleh pihak universiti.Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan-Namun, di bawah pimpinan saudara faizul , najib dan rakan rakannya aspirasi menang buat kali kedua.Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.
 
Tahun 2006
 
akhir tahun 2005, jawatan tnc hep dato dollah tidak di sambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum.Puak-puak pembangkang semakin aktif  dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
 
Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh mohd faiz. .Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2.Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro pas di kampus.
 
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya . Semua ini adalah permainan prof aminah seorang vc yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.
 
Tahun 2007 hingga sekarang
 
peninggalan prof aminah sebenarnya yang menyebabkan upsi tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. prof aminah gagal dalam mengawal gerakan student upsi. prof aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di upsi sehingga sekarang. Bagi prof aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus.akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari upsi.lahirlah mahasiswa upsi yang kurang ajar. sekiranya aminah bertindak dengan cekap bersama HEPnya . sudah pasti upsi dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN DAN PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.
( sumber : BK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang kampus upsi yang tidak dipandang kerajaan BN. di hina, di caci dan di fitnah oleh pro pas dan pkr kerana mempertahankan kerajaan. namun, sia-sia perjuangannya. tetapi atas dasar perjuangan agama dan bangsa, beliau menjadi guru wibawa di malaysia)



BACA SELEBIHNYA : BADAR KHUBRO

TRIPLE S : 
  OWH.PRO MAHASISWA RUPANYA PRO PAS. BUKAN  "BEBAS " KE? HAHAHAHA

Tuesday, 3 January 2012

NASIHAT DARIPADA ABANG SENIOR YANG MEMBUATKAN SMM + BEBAS + PRO M TERSEDAK

SALAM READERS DAN SELAMAT TAHUN  BARU.
MEMALAM NI.TEMAN JALAN-JALAN BLOG ORANG TEMAN JUMPA POST YANG BEST NI
DARI BLOG BRADERJAI

MOH LE BACE TEMAN-TEMAN. :) HILANGKAN STRESS STUDY TU..


Nasihat Ikhlas Untuk Demonstran Mahasiswa Depan UPSI... Assalamualaikum... Wahai adik-adik samada masih belajar dekat Universiti, Kolej dan sekolah menengah. Ketahuilah bahawa, abang sewaktu usia kamu semua, bergelojak darah muda. Merasakan setiap perjuangan itu adalah perjuangan yang benar asalkan matlamatnya memberontak melawan arus Mainstream.

Tapi apabila abang semakin meningkat dewasa, dan mengetahui akan realiti duniawi ini, maka tanggungjawab yang paling besar pada diri adalah perjuangan untuk terus hidup membela iman yang masih berbaki di dalam dada serta melangsaikan tanggungjawab diri pada tanggungan. Dan ketahuilah bahawa bumi Malaysia ini penuh rahmat dan berkat.

Bagi mereka yang mahu mengakui dan pernah keluar dari negara dan membandingkan dengan negara lain yang lebih berpancaroba. Percayalah kamu bahawa negara ini belum terdesak untuk menerima Roh Medan Tahrir kerana makan cukup di atas meja, sofa hempuk di depan TV, Beras masih bertanak, belajar masih percuma, ubat masih Seringgit.

Kerana hak hakiki seorang manusia masih terbela. Pemberontakan yang ada hanya provok membela nafsu beberapa insan. Jika manusia tertindas, manusia akan bangun secara automatiknya tanpa perlu diapi-apikan berbaring di jalan raya, dan memekik-mekik hingga hilang suara. Jika kamu benar, satu pekikan akan memanggil seluruh rakyat Tanjung Malim keluar mempertahankan kamu. Jika kamu benar, Polis akan simpati kepada kamu.

Jika kamu benar, seluruh UPSI akan berombak bak riak air dicampak batu. Dan kamu perlu tahu. Apa yang kamu lakukan tidak sedikitpun mampu menyaingi kehebatan pelajar berarak di jalan raya menuntut ITM menjadi Universiti pada tahun 70-an. Dan tidak mampu dijadikan kayu pengukur kebangkitan mahasiswa sama sekali. Jika dari Video itu sebagai bukti, kamu mahu aku berfikir, maka simpati aku kepada pihak polis yang telah lembut gigi dari lidah masa memberi peluang kepada kamu agar kamu tidak tercetus rasa marah, namun kamu semua memang bermula dengan niat mahu ia menjadi perjuangan yang dizalimi dan meraih simpati.

Kamu mahu kesan berantai, kamu mahu tangisan air mata darah pada perjuangan yang tidak pasti. Selagi mana manusia belum lapar, dan selagi mana rakyat masih merasa terbela haknya untuk Ilmu, Informasi, bermewah-mewah, berlibur dan tidak merasa takut maka negara tidak akan berevolusi secara tunjuk perasaaan.

Demonstrasi itu adalah gerakan semulajadi yang akan bermula dengan satu isu remeh yang akan menjana riak gelombang ketidakpuasan hati seluruh manusia bak kesan domino tumbang. Pada waktu ia berlaku, sama sekali kemaraan rakyat tidak akan mampu dikekang lagi. Janganlah kamu semua bimbang dan memaksa-maksa harapan demo kamu menjadi nyata.

Jika hak rakyat sudah tidak terbela, perubahan kerajaan itu akan berlaku semulajadi sepertimana berlaku pada pemerintahan Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyah, Fathimiyah, Kerajaan Roman, Kerajaan Monarki Perancis, Kerajaan Kolonial British di Tanah melayu,Kolonial Belanda di Indonesia, Kerajaan Kolonel Muaamar Gadafi, Kerajaan kapitalis di Havana, Kerajaan Hosni Mubarak dan berakhirnya Pemerintahan Presiden Kulit putih di Amerika Syarikat. Dan dengan Automatiknya seorang Wira pejuang rakyat akan bangkit dari mana-mana bak phoenix bangkit dari abu. Ketahuilah kamu bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Cara kamu menjadi ganas dengan tidak semena-mena, menfitnah, mengadu domba, dan mengapi-apikan akan hal yang bukan perjuangan pun pasti akan menimbulkan jelak kepada seluruh puak majoriti senyap! Akhir kata, Mari kita main agak-agak.

" Agak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?" 


-Zulfikar Hazri,2012-


TRIPLE S : BACA BEB.JANGAN TAK BACA. PENUH HIKMAH DAN SARCASTICSM .HEHE

Wednesday, 28 December 2011

PENTING :PERMOHONAN KE IPTA DI TUTUP 31 DISEMBER

TEMAN AMBIL ARTIKEL NI DARI KOSMO


 TARIKH-TARIKH PENTING

KLIK SINI :http://www.upu.my/


  • TARIKH TUTUP UNTUK PELAJAR YANG INGIN MEMOHON UNTUK MEMASUKI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM(IPTA) DAN POLITEKNIK PREMIER BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) FASA 1 , SESI AKADEMIK 2012/2013 IALAH PADA 31 DISEMBER 2011 INI. MAKA DENGAN INI PARA PELAJAR DIINGATKAN UNTUK SEGERA MEMOHON SEBELUM ATAU PADA TARIKH  TERSEBUT.


  • SEBELUM MENGISI BORANG TERSEBUT, PEMOHON PERLU MENDAPATKAN NOMBOR PENGENALAN YANG BOLEH DI BELI DI KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL(BSN) ATAU MENGGUNAKAN MESIN PENGELUARAN WANG AUTOMATIK BANK DENGAN HARGA RM 10.60

  • PENGISIAN BORANG TERSEBUT BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN MENERUSI LAMAN WEB WWW.UPU..MY YANG DI BUKA SEJAK 16 NOVEMBER LALU.



AUKU - APA KATA TUN MAHATHIR

‎[Artikle Blog Tun Dr. Mahathir Mohd]

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKUhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html

Triple S: Pada teman , AUKU tidak sama sekali menidakkan hak-hak mahasiswa.Hanya mahasiswa yang berfikiran sempit sahaja sibuk melaungkan AUKU ini menindas mahasiswa sekarang ini. Kenapa bila DS Najib mengumumkan AUKU akan dipinda ,tiba-tiba ramai sahaja yang muncul menjadi HERO kononnya MEWAKILI SUARA SEMUA MAHASISWA YANG TERTEKAN.


Teman tak rasa tertekan cuma teman sedih melihat kononnye kawan teman yang tidak faham apakah kebebasan menjadi LEMBU kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda polotik masing-masing.


Friday, 16 December 2011

buku percuma untuk pelajar !


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200

 

(Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan Pelajar Tingkatan 6)

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. 8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

-Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi-

Saturday, 10 December 2011

JAWATANKUASA AKAN DITUBUH UNTUK PINDA AUKU??

Assalammualaikum w.b.t
maaflah pada pengikut setia blog teman nhe
teman terputus bekalan internet dalam minggu nhe.

walaupun berita ini telah di war-warkan dalam media cetak serta elektronik.tapi teman nak jugak update.
hahaha,pasal apa? suka hati teman lah.kome baca je lah yek.

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa akan ditubuh bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang antara lain akan membolehkan pelajar berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terma rujukan pindaan itu juga akan diwujudkan dan kedua-dua perkara tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.
Jawatankuasa tersebut akan memulakan draf pindaan itu sebaik mendapat kebenaran Kabinet, dan pindaan tersebut diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini, Selasa.
Mohamed Khaled berkata, pindaan tersebut akan menekankan dua prinsip iaitu politik partisan tidak boleh dibawa ke dalam kampus dan pelajar yang mencapai umur 21 tahun, boleh menyertai mana-mana parti politik.
Beliau juga berkata, ia akan melibatkan lebih satu juta pelajar di mana selain pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), beberapa akta lain akan turut dipinda untuk perkara sama termasuk bagi pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), institut perguruan, politeknik dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak tertakluk di bawah AUKU tetapi mempunyai aktanya yang tersendiri.
"Kita akan dapatkan pandangan semua pihak termasuk pelajar dan tenaga akademik dan selain pertemuan dan perjumpaan, penggunaan media sosial juga akan ditekankan bagi mendapatkan seberapa banyak input yang mungkin. Saya berharap semua pihak akan menyokong dan memastikan pindaan dihormati apabila dilaksanakan nanti," katanya.

baca lebih lanjut.klik sini :KOSMO

Thursday, 1 December 2011

Debat 211 Jam

SHAH ALAM 30 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memuji usaha Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) dalam memartabatkan keunggulan sahsiah pelajar sebagai pelengkap kepada kecemerlangan bahasa Melayu di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, pelaksanaan Debat 211 Jam itu dilihat seiring serta memenuhi matlamat KPT dalam melahirkan graduan glokal dan berdaya saing.

"Debat 211 Jam bukan sahaja mengangkat martabat bahasa Melayu tetapi menitikberatkan nilai tambah terutamanya kepada para peserta di kalangan pelajar universiti dan sekolah yang mampu meningkatkan kemahiran insaniah dan survival ke arah negara maju.


"Pelaksanaan Debat 211 Jam dilihat dapat meningkatkan integriti mahasiswa melalui penerapan nilai komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.


"Penerapan kemahiran-kemahiran ini dalam cubaan mencipta rekod untuk Malaysia Book Of Record (MBR) oleh pelajar dapat memberi nilai tambah kepada mereka selain kurikulum yang dipelajari di universiti," katanya ketika ditemui di Dewan Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam di sini, hari ini.


Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said; Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM, Prof. Madya Dr. Za'faran Hassan, Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat, Prof. Dr. Ahmad Redzuan Abdul. Rahman.


Program debat ala perbahasan Parlimen itu melibatkan penyertaan kira-kira 1,600 pendebat yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), maktab perguruan, kolej komuniti, politeknik, alumni pertubuhan belia dan sekolah menengah.


Sebanyak 211 usul bertemakan Transformasi dan Perpaduan Bangsa dibentangkan pada debat selama sembilan hari yang bermula hari ini hingga 2 Disember depan dalam usaha untuk mencipta rekod baharu MBR.

Program debat ini merupakan anjuran Impak, Bahagian HEP dan Fakulti Pendidikan UiTM dengan kerjasama Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Rujhan berkata, Debat 211 Jam juga menjadi aset penting bagi melahirkan graduan yang mampu bersaing, berkeyakinan, mampu berkomunikasi dengan baik serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara.


Sunday, 27 November 2011

Politik neutral... kebangkitan suara mahasiswa sejati.

segalanya AUKU… semuanya berbicara mengenai AUKU… takkala golongan disana bergendang bersorak gembira atas kemenangan mereka mengenai pindaan AUKU. Disebelah pihak yang selama ini bermati-matian menyokong AUKU terus meratapi kekalahan mereka.

Sehingga ada yang terus berhenti untuk berjuang. Berhenti untuk mengeluarkan peluh perjuangan kerana jerit perih mereka hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan.

Pertama sekali kami suara siswa/i selatan (SSS) menyambut “baik” pengumuman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri mengenai AUKU Seksyen 15 akan dipinda tetapi akan memastikan politik kepartian tidak akan masuk ke kampus. atas dasar demokrasi suara pihak ketiga kami ingin menerapkan beberapa pendapat yang harus difikirkan bersama tidak kira dari golongan politik, mahasiswa dan juga ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke IPTA untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. berilah pandangan,cadangan resolusi sebelum akta ini diperkenalkan.

Sekiranya mahasiswa dibenarkan untuk menjadi ahli kepada mana-mana parti politik secara tidak langsung mahasiswa yang menuntut di Universiti itu adalah ahli politik dan secara automatik parti politik itu turut berada di dalam kampus.

Faktor keseimbangan ekosistem kampus iaitu diantara pendidik, pentadbir dan mahasiswa, dalam hal ini hanya mahasiswa sahaja yang diberikan lesen untuk berpolitik manakala yang lain tidak. Ianya mewujudkan tidak keseimbangan di dalam ekosistem kampus kerana AUKU melarang pentadbir dan pendidik untuk berpolitik, mengapa hanya satu pihak sahaja dibenarkan? Selain daripada itu, pihak pentadbir juga akan turut terkesan khususnya bagaimanakah kawalan dan penyeliaan yang baik dapat dilakukan bagi membendung politik luar masuk ke kampus. 

Tambahan lagi, bedasarkan jumlah penuntut di IPTA iaitu terdapat kira-kira 400,000 orang penuntut yang sedang meneruskan pengajian mereka, yang berada pada umur 21 tahun keatas hanyalah 100,000 orang sahaja dan hal ini jelas memperlihatkan bahawa baki yang selebihnya masih memerlukan perlindungan AUKU agar golongan majoriti ini tidak dimanipulasi pemahaman dan pendirian mereka sebagai mahasiswa yang bebas.

Sekiranya golongan siswa sudah mencapai tahap umur matang untuk mengundi kita boleh mendapatkan sumber-sumber bacaan sendiri di alaf yang maju ini. Media alternative seperti blog dan facebook.media alternatif dan kita boleh memohon pendapat atau perbincangan dua hala dari individu-individu tertentu seperti ibubapa,pensyarah,wakil kerajaan dan wakil pembangkang dan siswa/I yang matang mampu untuk mentafsir dan menilai mana yang betul dan fitnah semata-mata.

Siswa sudah bersediakah untuk memberikan sedikit komitmen mendengar setiap ceramah yang disampaikan oleh parti politik mereka? Back-up parti dah tentu-tentu untuk memastikan parti sendiri menang. Jangan bandingkan mereka yang berada di era 70an kerana kebanyakkan mereka yang menyambung pelajaran adalah golongan yang berumur dan paham mengenai selok belok parti politik pada masa itu. Mereka bersedia untuk menangguhkan pelajaran sehingga 6-8 tahun untuk perjuangkan parti.

Perkara yang paling ditakuti oleh mereka yang menentang pemindaan AUKU. Bermulalah perang edologi antara pelajar bukan dari suara mereka tetapi mereka telah dipengaruhi oleh part politik luar. Umpama menjadi kuda kepada parti2 politik diluar dan lebih menambahakan parah apabila siswa/I akan bermasam muka apabila berlainan edologi. Berlakulah masjid ada dua imam dan jangan sampai pilih kawan mengikut parti politik.


Tiada mak bapak yang menyuruh anak mereka ke university untuk berpolitik. Mereka hanya menyuruh anak-anak mereka belajar dan menjadi orang yang berguna. Kesian pada mak bapak yang sanggup bergolok gadai untuk memastikan anak mereka masuk universiti tapi akhirnya anak mereka hanya mampu menjadi kuda tunggangan parti politik tertentu.

AUKU bercanggah dengan perlembagaan? Tapi siswa/I lebih terikat pada perlembagaan universiti. Contoh mudah seorang anak mempunyai hak bersuara tetapi kenapa seorang ank perlu hormat pendapat ibibapa mereka apabila berada dirumah walaupun kadang-kadang pendapat itu bercanggah. Ini kerana anak tersebut terikat dengan perlembagaan didalam rumah iaitu hormat pada orang tua.

Cukup setakat ini sahaja pendapat, luahan dari kami. Harapan suara mahasiswa selatan adalah supaya pindaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan mengambil kira pelbagai aspek khususnya mekanisme untuk memastikan politik partisan tidak mencerobohi kampus dan mencemarkan akademia yang seharusnya bersifat neutral.

Matlamat pendidikan harus diangkat sebagai panduan utama dalam proses pindaan yang akan dilakukan agar usaha membina intelek pewaris negara tidak goyah dan ampuh. Ambil juga pendapat para siswa/I atau lakukan survey untuk memastikan pindaan ini tidak Nampak carca-marbanya kerana terlalu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu yang hanya mementingkan kepentingan sendiri.







"Bagi menghormati hak pelajar yang telah mencapai tahap kematangannya, kerajaan akan meminda Seksysen 15 AUKU bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli parti politik, bagaimanapun dalam masa yang sama kita tegaskan politik kepartian tidak akan dibenarkan di kampus-kampus,"
Dato Seri NajibPM Malaysia
PINDALAH AUKU SEBELUM GERAKAN MAHASISWA MATI 
Adalah tidak wajar melarang persatuan mahasiswa bergabung sesama mereka atau bekerjasama di peringkat yang lebih luas, seperti di peringkat nasional atau antarabangsa sedangkan jaringan tersebut amat penting. Apa salahnya persatuan mahasiswa bergabung atau bekerjasama dengan organisasi bukan pelajar di luar kampus, asalkan ia adalah organisasi yang sah.Dato’ Saifuddin AbdullahTimbalan menteri pelajaran 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...