Followers

Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Monday, 16 January 2012

HUKUM TUKAR BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA


SALAM

DAH HABIS EXAM? HEHE.TEMAN BARU HABIS .SEKARANG NI TEMAN DENGAR SEMUA IPTA SEDANG GIAT MENGEDARKAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA KEPADA SEMUA PENUNTUT U MASING-MASING.TEMAN PON TAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENGAMBIL BAUCAR TERSEBUT.




GAMBAR MAHASISWA UTARA


NAK TAHU LAGI KLIK SINI

tapi ada jugak dalam kalangan mahasiswa tidak mahu menggunakan baucar ini seelok-eloknya.Ada yang nak tukar dengan duit lagi.hehehe. Meh tengok sini apa hukum tukar baucar buku tersebut dengan duit tunai.


"Oleh kerana voucher buku bernilai RM 200 itu khas untuk beli buku dan diterima sebagai 'wang', menukarnya dengan tunai pada harga yang sama, salah di sisi undang2 Malaysia, tapi tiada masalah dari sudut hukum Fiqh. Tapi menjual @ menukar voucher itu dengan harga yang lebih murah boleh jatuh dalam hukum riba kerana menukar wang dengan wang yg tidak sama kuantitinya adalah Riba al-fadhl-sumber dr zaharuddin.net"

TRIPLE S :

GUNAKANLAH PELUANG DENGAN SEBAIK MUNGKIN. INI BOLEH MERINGANKAN BEBAN KITA SEBAGAI MAHASISWA KHUSUSNYA . 

Thursday, 5 January 2012

KRONOLOGI POLITIK KAMPUS UPSI

SALAM

MOH LE BACA

KRONOLOGI POLITIK KAMPUS UPSI YANG BERMULA DARIPADA TAHUN 2002



Tahun 2002
MPPUPSI  ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh amir hamzah dan ust fauzi.Ustaz fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di upsi.USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
 
Bagi  menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP .Beliau ialah saudara shahruddin .Juga digelar sharudin songkok tinggi .Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini upsi dan pegawai hep nya sememangnya menyebelahi pembangkang. inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu.Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.
 
Tahun 2003
 
Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan.Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI.Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro pas. pro pas pula mendapat dana yang di salirkan oleh pertubuhan luar.
 
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat  14 kerusi dan  aspirasi mendapat 12 .YDP MPPUPSI dipegang  oleh Ust fauzi bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, fauzi bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di upsi.
 
Tahun 2004
 
Gerakan MPPUPSI lebih menyengat di zaman dato dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain.Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro pas.Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan hep ketika itu. sekarang pegawai tersebut masih ada lagi di upsi.
 
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula takut dengan movement aspirasi..Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.
 
MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul ( dihantar mengajar ke sarawak atau sabah tak silap )dan Nydp Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di batu pahat.Najib membawa watak agama yang tinggi  sehingga membuktikan bahawa kumpulan fauzi bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan islam.Kabinet aspirasi  dikuasai oleh pihak aspirasi.
 
Tahun 2005
 
PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi .Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(kolej harun aminurashid).Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat  speaker corner oleh pihak universiti.Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan-Namun, di bawah pimpinan saudara faizul , najib dan rakan rakannya aspirasi menang buat kali kedua.Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.
 
Tahun 2006
 
akhir tahun 2005, jawatan tnc hep dato dollah tidak di sambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum.Puak-puak pembangkang semakin aktif  dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
 
Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh mohd faiz. .Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2.Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro pas di kampus.
 
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya . Semua ini adalah permainan prof aminah seorang vc yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.
 
Tahun 2007 hingga sekarang
 
peninggalan prof aminah sebenarnya yang menyebabkan upsi tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. prof aminah gagal dalam mengawal gerakan student upsi. prof aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di upsi sehingga sekarang. Bagi prof aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus.akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari upsi.lahirlah mahasiswa upsi yang kurang ajar. sekiranya aminah bertindak dengan cekap bersama HEPnya . sudah pasti upsi dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN DAN PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.
( sumber : BK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang kampus upsi yang tidak dipandang kerajaan BN. di hina, di caci dan di fitnah oleh pro pas dan pkr kerana mempertahankan kerajaan. namun, sia-sia perjuangannya. tetapi atas dasar perjuangan agama dan bangsa, beliau menjadi guru wibawa di malaysia)



BACA SELEBIHNYA : BADAR KHUBRO

TRIPLE S : 
  OWH.PRO MAHASISWA RUPANYA PRO PAS. BUKAN  "BEBAS " KE? HAHAHAHA

Thursday, 29 December 2011

Lim Guan Eng Buat Pasal

Salam

Post ni teman amek dari Blog braderjai. Ini pasal  Lim Guan Eng yang menggelarkan dirinya "Khalifah umar" dah mula nak buat pasai dah. Dah kome haramkan BTN , ni kome nak haramkan silat pulak ??


Pe cer nhe LGE???

Teman tak tahu lah kalau orang melayu yang dok menyembah si LGE ni. apa pon tak boleh lah.
lepas ni nak haramkan apa lagi? haramkan orang melayu duduk penang??

baca lebih lanjut di sini

Wednesday, 28 December 2011

AUKU - APA KATA TUN MAHATHIR

‎[Artikle Blog Tun Dr. Mahathir Mohd]

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKUhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html

Triple S: Pada teman , AUKU tidak sama sekali menidakkan hak-hak mahasiswa.Hanya mahasiswa yang berfikiran sempit sahaja sibuk melaungkan AUKU ini menindas mahasiswa sekarang ini. Kenapa bila DS Najib mengumumkan AUKU akan dipinda ,tiba-tiba ramai sahaja yang muncul menjadi HERO kononnya MEWAKILI SUARA SEMUA MAHASISWA YANG TERTEKAN.


Teman tak rasa tertekan cuma teman sedih melihat kononnye kawan teman yang tidak faham apakah kebebasan menjadi LEMBU kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda polotik masing-masing.


Friday, 16 December 2011

buku percuma untuk pelajar !


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200

 

(Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan Pelajar Tingkatan 6)

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. 8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

-Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...