Followers

Showing posts with label ANUAR. Show all posts
Showing posts with label ANUAR. Show all posts

Monday, 9 January 2012

PAK NUAR BEBAS LAGI BRO!!


senyum kambing pak nuar ea.




Teman nak update pasai KEPUTUSAN MAHKAMAH mengenai KES SENSASI ANUAR IBRAHIM
.
.
.
.
.
.
.
keputusannya ,Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang MENGEJUTKAN memutuskan Anwar tidak BERSALAH dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA DAN ORAL LISAN tak boleh sabit kesalahan. 

??? DNA tak BOLEH PAKAI?? APE DAH JADI DENGAN MAHKAMAH MALAYSIA NI?

ADIL KE TAK  ADIL MAHKAMAH MALAYSIA ?? FIKIRLAH SENDIRI.


TRIPLE S:

SO PEMINAT PAK NUAR, NAK CAKAP APA LAGI? TAKKAN NAK KATA KERAJAAN ZALIM LAGI? PUI!


SMM SERU PERGI 901 BRO

Cube tengok kat bawah ni. SMM seru bro , pergi perhimunan 901 bro.


mana pergi perjuangan KEBEBASAN AKADEMIK? dah jadi
  KEBEBASAN POLITIK?



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatkan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.

Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah."Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.

"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.


APA SUDAH JADI BRO SYUKRI??

JOM TERJAH BLOG MAHASISWA UTARA KALAU NAK TENGOK LEBIH PANAS LAGI.

TRIPLE S :
TEMAN TAK SETUJU KALAU MAHASISWA TURUN SEKALI.KALAU SETAKAT NAK MERAMAIKAN, DOK BILIK BACA BUKU LAH BRO.LAGI DAPAT PAHALA.

TEMAN MENYERU KEPADA KAWAN-KAWAN MAHASISWA SEMUA, TAK PERLULAH MENYERTAI PERHIMPUNAN 901 . SAYANGILAH NYAWA KALIAN.

SALAM


Friday, 6 January 2012

DIA MAI DAH





  • DAH KELUAR FLYERS BEB UNTUK HALANG DEMO DI UKM.
TENGOK YANG INI PULAK

BETUL KE KENA UPAH? ISH.ISH.ISH.

SAPE YANG UPAH? KE INI PROPAGANDA PIHAK TERTENTU YANG MAHU MEMBURUKKAN PIHAK YANG TAK SETUJU DENGAN DEMO INI??
SIAPA BUAT NI? BAIK NGAKU .ALLAH TAK SUKA ORANG MAIN FITNAH NI TAU. HOHOHOHO











Wednesday, 4 January 2012

PANAS : KENYATAAN RASMI HOSPITAL TENTANG KECEDERAAN SAFWAN ANANG & KEMATIAN PELAJAR IPTA SEMASA DEMO DI UPSI


SALAM.TEMAN DAH CAKAP. PELAKON ANUAR NI HEBAT.
ORANG BIASA MUNGKIN KOME BOLEH BOHONG.

TAK KAN PAKAR NAK MENIPU..HAHAHAHA





MiM mendapat maklumat terbaru bahawa Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan tentang kecederaan yang di alami oleh Safwan Anang, perusuh haram di UPSI pada Ahad lepas.


Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin ahmad Maher mengatakan bahawa Safwan Anang tidak patah tulang pipi seperti yang difitnah oleh beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang dan juga facebookers mereka.


Malah, pemeriksaan X-Ray telah dilakukan dan tiada patah tulang rusuk seperti yang difitnah oleh pro-pembangkang!


KenyataanPengarah Kesihatan Perak itu sekaligus menafikan laporan berita yang di siarkan di dalam HaprakahDaily dan MalaysiaKini sebelum ini. 


Begitu juga dengan pembohongan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR seperti laporan di bawah :



BACA LEBIH LANJUT : DRMIM

==========================================================

TRIPLE S :
KALAU DAH MENTOR PON KAKI KELENTONG.APATAH LAGI ANAK BUAH YE . TEMAN TAHU ADA SEGELINTIR MAHASISWA YANG TIDAK SENANG DENGAN POST-POST TEMAN.APA NAK BUAT.TAK SEMUA ORANG SUKA DENGAN KITA :)






DEMO UPSI DEMO POLITIK BRO

SALAM

Penat lah teman nak taip isu pasal SMM ,BEBAL..ops, "BEBAS" demo dan sewaku dengan nya.bukan apa.muak dengan lolongan hantu raya kome semua ni..hahahaha..

Penat dengar "kami suara semua mahasiswa", " kami mewakili bla..bla..bla" dan bla,,bla,,bla,,. Tak penat ke kome semua ni.?



Toksah cakap banyak lah .kome pon  berjuang siapa yang support korang ??hahaha
Moh le kite semua bukak mata ,bukak hati .bukak minda kita, tengok apa teman nak tunjuk ni..

INI STATEMENT MANTOP DARI MAHASISWA PENDIDIK(MP) WAKIL LEGASI MAHASISWA PROGRESIF (LAMPI)


DAN INI PETIKAN UCAPAN DARI PENGERUSI SOLIDARITI MINORITI MAHASISWA AHMAD SYUKRI

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.


Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah."Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.


"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.

---------------------------------------------------------

TAPI APA KAITAN NYE MAMAT NI DENGAN ORANG KUAT PKR DALAM GAMBAR  NI?


--------------------------------------------------------------------------------------

DAN KENAPA TIBA -TIBA USTAZ NAHSRUDIN HASSAN NI TIBE DOK MEMPERTAHANKAN MAHASEWEL INI SEMUA??


TAK CUKUP LAGI.MEH LAH TEMAN TUNJUK .MEMULA DEMO .YANG MEMPERSEMBAHKAN ADAM ADLI SELAKU HERO..KUI.KUI.KUI



APA SEMUA NI?? BEBAS? SUARA MAHASISWA?
TEMAN TENGOK BEREBUT ORANG DOK MEMPERTAHANKAN KOME SEME NI.
KATA BEBAS.HAHAHA

UNTUK BACA LEBIH LANJUT KLIK BRADER JAI


DAN TEMAN NAK KOME TENGOK VIDEO NI


KENAPA  UMNO DAN BN  PULA DISALAHKAN??

SAAT KE 0.24 -BOLEH PULAK CAKAP "TOLAK UMNO"
SAAT KE 0.30 HINGGA 0.43 - "KERAJAAN UMNO DAN BN MELAKUKAN SEDEMIKIAN .KITA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENOLAK KERAJAAN UMNO"

.KATA KAU BEBAS BRO..HAHAHAAHAHAHA

----------------------------------------------------------------------------------------------
TAPI TEMAN NAK TUNJUK LAGILAH.INI BOLEH KASI SENTAP SAMA SMM DAN BEBAS .KOMEN BLOGGER AMENOWORLD YANG TEMAN TAHU PRO PAKATAN INI.
MEH SINI TENGOK APA DIA TAIP.

INI BUKAN AUTA MAA....

KLIK SINI MEH NAK TAHU BANYAK LAGI.





--------------------------------------------------------------------------------------

TRIPLE S : PADA TEMAN , JANGAN DOK SIBUK LAH MELOLONG CAKAP KOME BEBAS.KOME PON BELAJAR DEKAT UNIVERSITI KERAJAAN.KOME YANG ZALIM.MENUDUH BUKAN-BUKAN.
ASTAGHFIRULAHALAZIM ..BANYAK-BANYAKLAH ISTIGHFAR :)

SELAMAT MENEMPUHI MINGGU PEPERIKSAAN DAN SEMOGA DAPAT MENJAWAB DENGAN PENUH YAKIN :)



POLIS PUKUL MAHASISWA BERDEMO?



MEH SINI KOME-KOME SEMUA TEMAN NAK KONGSI MEH VIDEO POLIS GANAS BANTAI MAHASISWA

GANAS TAK? INI BUKAN DEKAT MALAYSIA TAPI DEKAT INDONESIA MEH..KUI KUI KUI..
TAHAP KEGANASAN = KORANG JUDGE LAH SENDIRI..


PADA TEMAN MEMANG GANAS LAH . ADA YANG PATAH SANA-SINI..ISH..ISH..ISH


TAPI TEMAN SEBENARNYA NAK BANDINGKAN DENGAN VIDEO "KEGANASAN" POLIS DI MALAYSIA MASA DEMO UPSI BARU-BARU NI..


Minit 4:20 pula kedengaran pelajar memprovokasi pihak polis dengan mengeluarkan kenyataan :
"Kalau pun polis hendak bertindak kasar seperti mana yang kita kena di KL Sentral silakan..." 

Minit 4:37 bermulanya perbincangan polis bersama wakil pelajar yang memberikan mereka masa selama 15 minit selepas itu mereka diminta bersurai, namun tidak dipersetujui pihak polis memberikan masa selama 30 minit.


Selepas masa yang diberikan tamat barulah Ketua Polis Daerah Tanjung Malim menggunakan hailer meminta mana-mana individu yang hadir berkumpul beredar dan masa yang diberikan untuk mereka bersurai adalah 15 minit.


Dengar pada minit 6:57 turut kedengaran suara sumbang menjawab "Kami tidak akan bersurai".
Jadi siapa provok siapa...?

BACA LEBIH LANJUT KLIK DOUBLE Y

TAPI ADA JUGAK MAHASEWEL INI TERUS MENERUS MEMFITNAH PIHAK POLIS SIAP NAK BUAT REPORT LAGI.

NAMPAK TAK.DIA CAKAP "GERAKAN "BEBAS" AKAN BUAT REPORT POLIS BAI"


--------------------------------------------------------------------------------------
MEH SINI TEMAN SHARE SIKIT PENDAPAT BLOGGER AMENOWORLD YANG CENDERUNG KEPADA PRO PAKATAN INI






=========================================================
APA MAU SEMBANG LAGI .SMM.BEBAS APA MAU CAKAP LAGI?ADAM ADLI?HERO?
APA PON TAK BOLEH BRO..






TRIPLE S : POLIS HANYA MENJALANKAN TUGAS MEREKA . KOME PROVOKE.DEPA KASI HANTAM LAH. JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN.






PANASSS..!!! LAPORAN PENUH UPSI TENTANG RUSUHAN BUDAK-BUDAK ANWAR DI DEPAN PINTU PAGARNYA..!!!


meh layan video ni :)
salam. post ni teman amek di blog dukeofumno

kepada mereka - mereka yang sibuk membuat fitnah mengenai keganasan polis.bawak-bawaklah mengucap dan bertaubat selagi pintu taubat itu masih di buka :)
_____________________________________________________________________________

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar. 
Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 UNIVERSITI MALAYA (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am Mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifaPolis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan UPSI dan TNC HEP mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR 
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 
TANJONG MALIM
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TRIPLE S : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. SIAPA YANG MENGGANAS SEBENARNYE ??

Tuesday, 3 January 2012

NASIHAT DARIPADA ABANG SENIOR YANG MEMBUATKAN SMM + BEBAS + PRO M TERSEDAK

SALAM READERS DAN SELAMAT TAHUN  BARU.
MEMALAM NI.TEMAN JALAN-JALAN BLOG ORANG TEMAN JUMPA POST YANG BEST NI
DARI BLOG BRADERJAI

MOH LE BACE TEMAN-TEMAN. :) HILANGKAN STRESS STUDY TU..


Nasihat Ikhlas Untuk Demonstran Mahasiswa Depan UPSI... Assalamualaikum... Wahai adik-adik samada masih belajar dekat Universiti, Kolej dan sekolah menengah. Ketahuilah bahawa, abang sewaktu usia kamu semua, bergelojak darah muda. Merasakan setiap perjuangan itu adalah perjuangan yang benar asalkan matlamatnya memberontak melawan arus Mainstream.

Tapi apabila abang semakin meningkat dewasa, dan mengetahui akan realiti duniawi ini, maka tanggungjawab yang paling besar pada diri adalah perjuangan untuk terus hidup membela iman yang masih berbaki di dalam dada serta melangsaikan tanggungjawab diri pada tanggungan. Dan ketahuilah bahawa bumi Malaysia ini penuh rahmat dan berkat.

Bagi mereka yang mahu mengakui dan pernah keluar dari negara dan membandingkan dengan negara lain yang lebih berpancaroba. Percayalah kamu bahawa negara ini belum terdesak untuk menerima Roh Medan Tahrir kerana makan cukup di atas meja, sofa hempuk di depan TV, Beras masih bertanak, belajar masih percuma, ubat masih Seringgit.

Kerana hak hakiki seorang manusia masih terbela. Pemberontakan yang ada hanya provok membela nafsu beberapa insan. Jika manusia tertindas, manusia akan bangun secara automatiknya tanpa perlu diapi-apikan berbaring di jalan raya, dan memekik-mekik hingga hilang suara. Jika kamu benar, satu pekikan akan memanggil seluruh rakyat Tanjung Malim keluar mempertahankan kamu. Jika kamu benar, Polis akan simpati kepada kamu.

Jika kamu benar, seluruh UPSI akan berombak bak riak air dicampak batu. Dan kamu perlu tahu. Apa yang kamu lakukan tidak sedikitpun mampu menyaingi kehebatan pelajar berarak di jalan raya menuntut ITM menjadi Universiti pada tahun 70-an. Dan tidak mampu dijadikan kayu pengukur kebangkitan mahasiswa sama sekali. Jika dari Video itu sebagai bukti, kamu mahu aku berfikir, maka simpati aku kepada pihak polis yang telah lembut gigi dari lidah masa memberi peluang kepada kamu agar kamu tidak tercetus rasa marah, namun kamu semua memang bermula dengan niat mahu ia menjadi perjuangan yang dizalimi dan meraih simpati.

Kamu mahu kesan berantai, kamu mahu tangisan air mata darah pada perjuangan yang tidak pasti. Selagi mana manusia belum lapar, dan selagi mana rakyat masih merasa terbela haknya untuk Ilmu, Informasi, bermewah-mewah, berlibur dan tidak merasa takut maka negara tidak akan berevolusi secara tunjuk perasaaan.

Demonstrasi itu adalah gerakan semulajadi yang akan bermula dengan satu isu remeh yang akan menjana riak gelombang ketidakpuasan hati seluruh manusia bak kesan domino tumbang. Pada waktu ia berlaku, sama sekali kemaraan rakyat tidak akan mampu dikekang lagi. Janganlah kamu semua bimbang dan memaksa-maksa harapan demo kamu menjadi nyata.

Jika hak rakyat sudah tidak terbela, perubahan kerajaan itu akan berlaku semulajadi sepertimana berlaku pada pemerintahan Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyah, Fathimiyah, Kerajaan Roman, Kerajaan Monarki Perancis, Kerajaan Kolonial British di Tanah melayu,Kolonial Belanda di Indonesia, Kerajaan Kolonel Muaamar Gadafi, Kerajaan kapitalis di Havana, Kerajaan Hosni Mubarak dan berakhirnya Pemerintahan Presiden Kulit putih di Amerika Syarikat. Dan dengan Automatiknya seorang Wira pejuang rakyat akan bangkit dari mana-mana bak phoenix bangkit dari abu. Ketahuilah kamu bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Cara kamu menjadi ganas dengan tidak semena-mena, menfitnah, mengadu domba, dan mengapi-apikan akan hal yang bukan perjuangan pun pasti akan menimbulkan jelak kepada seluruh puak majoriti senyap! Akhir kata, Mari kita main agak-agak.

" Agak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?" 


-Zulfikar Hazri,2012-


TRIPLE S : BACA BEB.JANGAN TAK BACA. PENUH HIKMAH DAN SARCASTICSM .HEHE

Thursday, 29 December 2011

Lim Guan Eng Buat Pasal

Salam

Post ni teman amek dari Blog braderjai. Ini pasal  Lim Guan Eng yang menggelarkan dirinya "Khalifah umar" dah mula nak buat pasai dah. Dah kome haramkan BTN , ni kome nak haramkan silat pulak ??


Pe cer nhe LGE???

Teman tak tahu lah kalau orang melayu yang dok menyembah si LGE ni. apa pon tak boleh lah.
lepas ni nak haramkan apa lagi? haramkan orang melayu duduk penang??

baca lebih lanjut di sini

Wednesday, 28 December 2011

MAI TENGOK ANAK IKAN MENARI


MEH TENGOK VIDEO NI DULU .HILANG STRESS .HAHAHA.KREATIF SAHABAT-SAHABAT TEMAN NI :)

Tuesday, 20 December 2011

Sampai bila mahu bohong?

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my




PADA Sabtu lalu, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Menurut negarawan itu, beliau tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Ketua Pembangkang itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Cabaran itu dibuat ekoran portal propembangkang, Malaysiakini melaporkan Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini, mendakwa Dr. Mahathir telah melakukan perbuatan yang akan merugikan negara itu.

Dalam reaksinya sehari selepas itu, Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran berkenaan termasuk mendakwa apa yang dibangkitkannya melibatkan soal rasuah dan jenayah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah. Sebenarnya, berbohong, memutar-belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi tabiat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah sesuatu yang baru.

Ini dapat dilihat pada 1998, apabila beliau mendakwa menyimpan enam kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini tidak pernah didedahkan.

Pada 1999 pula, Anwar digambarkan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat berikutan terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya menggunakan racun asernik. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi penyampai segala dakwaan Anwar itu turut menuduh suaminya disuntik dengan virus HIV semasa dalam penjara dan akan meninggal dunia dalam tempoh singkat kerana AIDS.

Isu keracunan arsenik dan virus HIV itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Pun begitu, walaupun diramal meninggal dunia dalam tempoh singkat, sehingga kini, Anwar segar bugar dan pemeriksaan yang dilakukan doktor mendapati tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuhnya.

Biarpun berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kreativiti Anwar dalam menghasut dan meracuni fikiran rakyat tidak pernah luntur.

Semua ini dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya dan untuk mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya.

Pada 2001, Anwar digambarkan berkeadaan sangat uzur hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher kerana menghadapi sakit belakang yang kronik. Penipuan mengenai penyakit yang dihidapinya terbongkar apabila satu rakaman video menunjukkan Anwar dalam keadaan sihat ketika berada di hospital.

Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, beliau dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapat rawatan di Hospital Munich, Jerman.

Sebaik sahaja tiba di Munich, stesen televisyen CNN menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan beliau tidak lagi memakai pendakap leher dan boleh berjalan sendiri tanpa kerusi roda walaupun belum dirawat.

Dalam pada itu, tidak semena-mena apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa diliwat pada Jun 2008, Anwar berkejar ke kedutaan Turki bagi mendapat perlindungan dengan alasan menerima ugutan bunuh. Persoalannya siapa yang mahu membunuh Anwar? Pelbagai pihak selepas itu menyifatkan tuduhan beliau ‘tidak masuk akal sama sekali’, tambahan pula beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.

Anwar juga mendakwa ulama terkenal, Prof. Dr. Yusuf Al- Qardawi turut menyokongnya apabila dituduh terlibat dalam kes meliwat Mohd. Saiful.

Akhirnya, penipuan itu terdedah apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang juga bekas peguamnya mendedahkan bagaimana beliau diminta menyediakan soalan berbentuk berat sebelah bagi mendapatkan fatwa Yusuf untuk menyokong Anwar.

Pada 17 Mac 2010, sekali lagi tembelang Anwar terdedah apabila bekas sahabat baiknya yang Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu pernah mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi ‘rampasan kuasa 16 September’ 2008 yang tidak kesampaian.

Antara pembohongan Anwar yang didedahkan Zahrain ialah 31 ahli Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertai pembangkang dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sedang menunggu di Istana Negara untuk mengesahkan bilangan yang melompat parti itu.

Bagi memperbaiki imejnya yang telah tercalar ekoran pendedahan Zahrain itu, Anwar sekali lagi menunjukkan taringnya sebagai ‘raja putar alam’ apabila mencanangkan di Dewan Rakyat kononnya gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Apco Worldwide, syarikat perunding Amerika Syarikat yang dituduhnya di belakang kempen One Israel. Walaupun dicabar beberapa kali supaya membuktikan dakwaannya itu, Anwar gagal menyerahkan bukti terbabit kepada Parlimen walaupun diberi tempoh yang cukup. Berikutan itu, Anwar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang kemudiannya memutuskan untuk menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 16 Disember 2010.

Zulkifli yang merupakan bekas orang kuat Anwar ketika mengulas isu Apco itu berkata, antara sebab beliau tawar hati untuk terus bersama PKR adalah berikutan sikap Anwar yang memutarbelitkan fakta.

‘‘Kerana slogan 1Malaysia dan One Israel yang kelihatan sama, maka terus dituduh Malaysia telah diresapi dan dipengaruhi Yahudi.

‘‘Bagaimana pula dengan lambang satu mata Illuminati Yahudi dengan lambang satu mata PKR? Adakah wajar kalau orang menuduh ia dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? '' katanya.

Mengenai isu sakit belakang yang dialami Anwar, Zulkifli berkata, beliau sendiri tidak sedar penipuan yang dilakukan berikutan kepandaian Ketua Pembangkang itu berbohong.

‘‘Bayangkan saya yang menjadi peguamnya selama bertahun-tahun dan kerap menziarahi dia semasa dalam Penjara Sungai Buloh pun boleh kena kelentong begitu lama, ingat dia sakit belakang sampai tak boleh bangkit,’’ ujarnya.

Sementara itu, Zahrain yang mengulas isu sama berkata, rakyat harus mengingati tarikh 16 September 2008 sebagai bukti pembohongan Anwar yang begitu jelas dan nyata.

Mengenai cabaran Dr. Mahathir supaya Anwar menjunjung al-Quran berhubung isu surat kepada Bank Dunia, beliau menyifatkan, dakwaan Penasihat PKR itu hanyalah strategi mengganggu kepercayaan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri itu dan BN.

Katanya, beliau dimaklumkan Anwar pada masa ini amat tertekan dengan kes liwatnya itu dan berikutan negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Nampaknya setelah hampir 12 tahun berlalu, rakyat Malaysia terus dibohongi Anwar. Persoalannya sampai bila beliau perlu berbohong dengan menganggap ia tidak akan disedari oleh sesiapa.

Ingatlah, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru buat selama-lamanya. Semoga kedatangan 2012 yang dikaitkan sebagai era transformasi besar-besaran terhadap evolusi umat manusia akan membuat Anwar sedar mengenai kewajipan seseorang muslim untuk bercakap benar walaupun pahit.

TRIPLE S : BANG NON BILA NAK BERSUMPAH NI?
SUMBER : UTUSAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...