Followers

Showing posts with label IPTA. Show all posts
Showing posts with label IPTA. Show all posts

Thursday, 5 January 2012

PMI BUDAK SURUHAN PAS BRO

SALAM .

ANDA NGANTUK? TEMAN PUN SAMA, HAHAHA.TAPI TEMAN NAK HILANGKAN NGANTUK , TEMAN NAK SHARE DENGAN KOME SEME. HEHEHE

CE CUBE KLIK + ZOOM IMEJ KAT BAWAH NI

SURAT MAHFUZ KEPADA SETIAP PIMPINAN PMI SATU KETIKA DAHULU

-----------------------------------------------------------------------

CUBA TENGOK LOGO INI.


 SAMA TAK DENGAN YANG DI BAWAH INI??


INI LOGO PARTI SOSIALIS MALAYSIA



MUNGKIN INILAH IDOLA KEBANGKITAN SMM DAN APA YANG BERLAKU SEKARANG.
BAPA YAHUDI MODEN YANG BERJUANG ATAS NAMA KOMUNISME

BACA LEBIH LANJUT : BADAR KHUBRO

TRIPLE S :
KOME KUTUK ASPIRASI KUDA GOMEN.KOME?


Tuesday, 3 January 2012

NASIHAT DARIPADA ABANG SENIOR YANG MEMBUATKAN SMM + BEBAS + PRO M TERSEDAK

SALAM READERS DAN SELAMAT TAHUN  BARU.
MEMALAM NI.TEMAN JALAN-JALAN BLOG ORANG TEMAN JUMPA POST YANG BEST NI
DARI BLOG BRADERJAI

MOH LE BACE TEMAN-TEMAN. :) HILANGKAN STRESS STUDY TU..


Nasihat Ikhlas Untuk Demonstran Mahasiswa Depan UPSI... Assalamualaikum... Wahai adik-adik samada masih belajar dekat Universiti, Kolej dan sekolah menengah. Ketahuilah bahawa, abang sewaktu usia kamu semua, bergelojak darah muda. Merasakan setiap perjuangan itu adalah perjuangan yang benar asalkan matlamatnya memberontak melawan arus Mainstream.

Tapi apabila abang semakin meningkat dewasa, dan mengetahui akan realiti duniawi ini, maka tanggungjawab yang paling besar pada diri adalah perjuangan untuk terus hidup membela iman yang masih berbaki di dalam dada serta melangsaikan tanggungjawab diri pada tanggungan. Dan ketahuilah bahawa bumi Malaysia ini penuh rahmat dan berkat.

Bagi mereka yang mahu mengakui dan pernah keluar dari negara dan membandingkan dengan negara lain yang lebih berpancaroba. Percayalah kamu bahawa negara ini belum terdesak untuk menerima Roh Medan Tahrir kerana makan cukup di atas meja, sofa hempuk di depan TV, Beras masih bertanak, belajar masih percuma, ubat masih Seringgit.

Kerana hak hakiki seorang manusia masih terbela. Pemberontakan yang ada hanya provok membela nafsu beberapa insan. Jika manusia tertindas, manusia akan bangun secara automatiknya tanpa perlu diapi-apikan berbaring di jalan raya, dan memekik-mekik hingga hilang suara. Jika kamu benar, satu pekikan akan memanggil seluruh rakyat Tanjung Malim keluar mempertahankan kamu. Jika kamu benar, Polis akan simpati kepada kamu.

Jika kamu benar, seluruh UPSI akan berombak bak riak air dicampak batu. Dan kamu perlu tahu. Apa yang kamu lakukan tidak sedikitpun mampu menyaingi kehebatan pelajar berarak di jalan raya menuntut ITM menjadi Universiti pada tahun 70-an. Dan tidak mampu dijadikan kayu pengukur kebangkitan mahasiswa sama sekali. Jika dari Video itu sebagai bukti, kamu mahu aku berfikir, maka simpati aku kepada pihak polis yang telah lembut gigi dari lidah masa memberi peluang kepada kamu agar kamu tidak tercetus rasa marah, namun kamu semua memang bermula dengan niat mahu ia menjadi perjuangan yang dizalimi dan meraih simpati.

Kamu mahu kesan berantai, kamu mahu tangisan air mata darah pada perjuangan yang tidak pasti. Selagi mana manusia belum lapar, dan selagi mana rakyat masih merasa terbela haknya untuk Ilmu, Informasi, bermewah-mewah, berlibur dan tidak merasa takut maka negara tidak akan berevolusi secara tunjuk perasaaan.

Demonstrasi itu adalah gerakan semulajadi yang akan bermula dengan satu isu remeh yang akan menjana riak gelombang ketidakpuasan hati seluruh manusia bak kesan domino tumbang. Pada waktu ia berlaku, sama sekali kemaraan rakyat tidak akan mampu dikekang lagi. Janganlah kamu semua bimbang dan memaksa-maksa harapan demo kamu menjadi nyata.

Jika hak rakyat sudah tidak terbela, perubahan kerajaan itu akan berlaku semulajadi sepertimana berlaku pada pemerintahan Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyah, Fathimiyah, Kerajaan Roman, Kerajaan Monarki Perancis, Kerajaan Kolonial British di Tanah melayu,Kolonial Belanda di Indonesia, Kerajaan Kolonel Muaamar Gadafi, Kerajaan kapitalis di Havana, Kerajaan Hosni Mubarak dan berakhirnya Pemerintahan Presiden Kulit putih di Amerika Syarikat. Dan dengan Automatiknya seorang Wira pejuang rakyat akan bangkit dari mana-mana bak phoenix bangkit dari abu. Ketahuilah kamu bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Cara kamu menjadi ganas dengan tidak semena-mena, menfitnah, mengadu domba, dan mengapi-apikan akan hal yang bukan perjuangan pun pasti akan menimbulkan jelak kepada seluruh puak majoriti senyap! Akhir kata, Mari kita main agak-agak.

" Agak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?" 


-Zulfikar Hazri,2012-


TRIPLE S : BACA BEB.JANGAN TAK BACA. PENUH HIKMAH DAN SARCASTICSM .HEHE

Wednesday, 28 December 2011

PENTING :PERMOHONAN KE IPTA DI TUTUP 31 DISEMBER

TEMAN AMBIL ARTIKEL NI DARI KOSMO


 TARIKH-TARIKH PENTING

KLIK SINI :http://www.upu.my/


  • TARIKH TUTUP UNTUK PELAJAR YANG INGIN MEMOHON UNTUK MEMASUKI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM(IPTA) DAN POLITEKNIK PREMIER BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) FASA 1 , SESI AKADEMIK 2012/2013 IALAH PADA 31 DISEMBER 2011 INI. MAKA DENGAN INI PARA PELAJAR DIINGATKAN UNTUK SEGERA MEMOHON SEBELUM ATAU PADA TARIKH  TERSEBUT.


  • SEBELUM MENGISI BORANG TERSEBUT, PEMOHON PERLU MENDAPATKAN NOMBOR PENGENALAN YANG BOLEH DI BELI DI KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL(BSN) ATAU MENGGUNAKAN MESIN PENGELUARAN WANG AUTOMATIK BANK DENGAN HARGA RM 10.60

  • PENGISIAN BORANG TERSEBUT BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN MENERUSI LAMAN WEB WWW.UPU..MY YANG DI BUKA SEJAK 16 NOVEMBER LALU.



Tuesday, 13 December 2011

AUKU demi KAMPUS




KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi menjamin keharmonian dan keamanan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di seluruh negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara pindaan yang dilakukan adalah termasuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.
Bagaimanapun katanya, kampus tetap dikekalkan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.
Ini bermakna mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik di luar kampus sahaja. Mereka tidak dibenarkan membawa masuk sebarang aktiviti berunsur politik ke dalam kampus, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Khaled menegaskan, sehubungan itu, Jawatankuasa Pindaan AUKU yang dikendalikan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menurutnya, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmoditu dianggotai oleh sembilan lagi panel.
Katanya, antara ahli panel tersebut ialah Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi; Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Wan Azman Wan Omar serta Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Seow Ta Wee.
Beliau menjelaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengumpul pandangan serta respons serta melihat pindaan AUKU itu secara keseluruhan termasuk memastikan ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.
Sehubungan itu, beliau meminta mahasiswa dan ahli-ahli akademik supaya mengadakan perbincangan dan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa itu melalui media sosial.
Saya difahamkan, majlis perwakilan pelajar (MPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut pada Ahad ini manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pula Isnin depan.
Perbincangan itu dijadualkan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ujarnya.
Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu dijangka disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan Januari depan dan dibentangkan di Parlimen pada Mac.


crdited to SARFAMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...