Followers

Saturday 10 December 2011

JAWATANKUASA AKAN DITUBUH UNTUK PINDA AUKU??

Assalammualaikum w.b.t
maaflah pada pengikut setia blog teman nhe
teman terputus bekalan internet dalam minggu nhe.

walaupun berita ini telah di war-warkan dalam media cetak serta elektronik.tapi teman nak jugak update.
hahaha,pasal apa? suka hati teman lah.kome baca je lah yek.

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa akan ditubuh bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang antara lain akan membolehkan pelajar berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terma rujukan pindaan itu juga akan diwujudkan dan kedua-dua perkara tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.
Jawatankuasa tersebut akan memulakan draf pindaan itu sebaik mendapat kebenaran Kabinet, dan pindaan tersebut diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini, Selasa.
Mohamed Khaled berkata, pindaan tersebut akan menekankan dua prinsip iaitu politik partisan tidak boleh dibawa ke dalam kampus dan pelajar yang mencapai umur 21 tahun, boleh menyertai mana-mana parti politik.
Beliau juga berkata, ia akan melibatkan lebih satu juta pelajar di mana selain pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), beberapa akta lain akan turut dipinda untuk perkara sama termasuk bagi pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), institut perguruan, politeknik dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak tertakluk di bawah AUKU tetapi mempunyai aktanya yang tersendiri.
"Kita akan dapatkan pandangan semua pihak termasuk pelajar dan tenaga akademik dan selain pertemuan dan perjumpaan, penggunaan media sosial juga akan ditekankan bagi mendapatkan seberapa banyak input yang mungkin. Saya berharap semua pihak akan menyokong dan memastikan pindaan dihormati apabila dilaksanakan nanti," katanya.

baca lebih lanjut.klik sini :KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...