Followers

Tuesday 27 December 2011

JOM JAWAB BRO

KAJIAN PINDAAN AUKU 1971

Moh le jawab kawan-kawan.Yang dok jadi LEMBU tu,meh sini bagi cadangan dan saranan.


  • Ini berhubung dengan kenyataan akbar mengenai JAWATANKUASA PINDAAN SEKSYEN 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) yang akan menyiapkan cadangan pindaan kepada KPT awal bulan Februari depan.

  • Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod ,pengerusi jawatankuasa tersebut  berkata, cadangan tersebut akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa untuk bergiat dalam politik

  • Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik .

  • Semua maklum balas boleh di e-melkan ke e-mel rasmi  aukuwg@mohe.gov.my,akaun facebookhttp://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidikn   web http://www.mohe.gov.com.my

  • Secara amnya .Seksyen 15 AUKU melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian dalam kalangan mahasiswa sama ada dalam atau di luar kampus.

  • Nik Ahmad berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat. Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan.

  • Beliau berkata, peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg

  • Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya.
TRIPLE S : Jawab lah kawan-kawan.demi masa depan mahasiswa sekalian 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...