Followers

Monday 9 January 2012

UTM DIUMUM IPT BERAUTONOMI PENUH




JOHOR BAHRU, 8 Januari:
 Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin membuat kejutan apabila mengumumkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diberi status universiti berautonomi penuh.

Pengumuman itu dibuat semasa beliau menyampaikan ucapan di majlis penyampaian sijil Biasiswa Endowmen dan surat tawaran mengikuti Five Excellent Tracks Programme (5ETP) di Dewan Senat hari ini.

“Saya ingin umumkan di sini bahawa UTM adalah antara beberapa universiti yang telah berjaya mendapat status berautonomi penuh dan nama universiti lain akan diumumkan semasa amanat tahun baru nanti,” katanya.

Dato’ Sri Mohamed Khaled berkata, status berkenaan berkuatkuasa tahun ini memberi kuasa kepada universiti antaranya dari segi urus tadbir, kewangan dan pengambilan pelajar.

“Autonomi berkaitan dengan kecemerlangan dan tidak ada alasan lagi bagi universiti yang mendapat status berkenaan untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

sumber :newshub utm

TRIPLE S :
TAHNIAH UTM .:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...