Followers

Monday, 28 May 2012

HOT :KISAH WWW 1 YANG PERLU ANDA TAHU









Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat. 

Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.



Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". 

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. 

Sekian..
Sumber FB Kesultanan Johor 


SMS:
Untuk apa mempertikaikan kekayaan orang lain jika mereka mampu untuk memilikinya. Jangan hanya tahu mereka-reka cerita.


Monday, 21 May 2012

HOT: DEBAT PTPTN #KJvRafiziDebate



Debat PTPTN yang di tangguhkan pada 3 Mei lalu akan berlangsung pada 
22 Mei 2012
SELASA 
10 MALAM

bertempat di 
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf dan siaran langsung dari Astro Awani.

Sama-sama kita saksikan yok.




HOT: SMM MEROYAN NAK BERTANDING PRU13




kikikiki....belajar masing-masing tak habis dan kena gantung ada hati nak bertanding, sedarlah beb. Diri sendiri tak terurus ada hati nak urus kawasan.

situasi ini dilihat sama dengan situasi pada tahun 2008 di mana PARTI MAHASISWA NEGARA yang mahu bertanding dalam PRU 12 








kahkahkahkah,sudah-sudah lah meroyan SMM.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...