KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7 JUN 2012.
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin |
1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
2. PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.
3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
4. Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.
5. Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.
SMS:
lepas ini, Penasihat Ekonomi Selangor Dato Seri Anwar Ibrahim mesti akan meroyan. SMS dapat tahu Rafizi Ramli suruh DS Khaled letak jawatan?
kahkahkahkah. macam-macam puak PR
SMS:
lepas ini, Penasihat Ekonomi Selangor Dato Seri Anwar Ibrahim mesti akan meroyan. SMS dapat tahu Rafizi Ramli suruh DS Khaled letak jawatan?
kahkahkahkah. macam-macam puak PR
Takkan tak boleh rafizi. Kata, kalau hendak seribu daya haritu. hehehe
ReplyDeletependidikan percuma bermaksud... Kerajaan persekutuan membayar semua kos pendidikan kepada semua universiti untuk menanggung semua pelajar, bukannya universiti tanggung kos dgn beri pendidikan free...
ReplyDeleteunisel kan bawah kerajaan negeri selangor.so orang dah bagi peluang nak laksanakan pendidikan percuma. buat lah.
Delete