Followers

Tuesday, 26 June 2012

FAKTA PTPTN YANG PERLU ANDA TAHU



PTPTN telah banyak membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS sejak diperkenalkan pada tahun 1997 

Sebelum penubuhan PTPTN, kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26000 orang pelajar setahun.

Pada tahun 2011, seramai 227,209 pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi hasil manfaat daripada PTPTN

  PTPTN tidak perlu dibayar balik jika pelajar lulus cemerlang iaitu mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama.

Jika anda memperoleh Ijazah kelas Pertama ,anda tidak perlu bayar balik PTPTN.



  Peminjam PTPTN hanya membayar yuran 30% daripada kadar pinjaman mereka, Selebihnya digunakan untuk sara hidup mereka di universiti.


PTPTN hanya mengenakan kadar upah 1% ,  


 Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!
 Finland yang dikatakan memberikan pendidikan percuma ,tetapi kadar cukai yang tinggi sebanyak 53% , Malaysia dengan kadar cukai 26% tetapi masih mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%
Turki hanya menawarkan pendidikan percuma seperti yang digembar-gemburkan pembangkang. Mereka hanya memberikan pendidikan percuma dari gred1- 12 dan Malaysia juga menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendag dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas

Jadi relevankah PTPTN di hapuskan ?? Fikirlah sendiri.


http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/13/pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...