Followers

Wednesday 9 May 2012

HOT: DURIAN RUNTUH UNTUK MAHASISWA


Salam 

gambar SuaraBaru


Sms dapat tahu Kad Diskaun Pelajar akan diperkenalkan dan diedarkan mulai bulan hadapan. Langkah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini direalisasikan untuk meringankan beban penuntut institusi pengajian tinggi(IPT) .

Menurut menteri yang terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelajar boleh menikmati diskaun 10 hinggan 30 peratus untuk pembelian barangan keperluan seperti alat tulis dan buku, barangan sukan, optikal, klinikal, makanan dan minuman, kecantikan serta pengangkutan yang dilihat dapat meringankan beban serta dapat memberikan manfaat kepada para pelajar 

Kad ini dijangka diedarkan secara berperingkat bermula pada bulan depan dan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.4 juta pelajar IPT seluruh negara . Sebanyak 20 buah syarikat akan menyertai program ini yang mana akan melibatkan pelajar IPTA dan IPTS serta maktab perguruan dan politeknik.

Terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar permintaan kami para mahasiswa. Terima kasih juga kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) kerana mengusulkan dan membawa suara mahasiswa.

Ini baru perjuangan mahasiswa, bukan perjuangan jalanan yang penuh kurap. Bukan sekadar menabur janji dan retorik semata-mata.




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...