Followers

Saturday 11 February 2012

#AmanKampus: gegar Pahang yop

Salam.


Semalam kembara #AmanKampus telah sampai ke negeri pahang. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjimatkan masa kerana jadual program yang padat.


Kumpulan pertama telah menjalankan aktiviti info siswa di Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang,  kawasan DS Najib. SMS dapat tahu DS Najib pening kepala bila #AmanKampus turun dekat kawasan .Kenapa PM kita pening? Cuba tengok apa blogger HarapanRakyat dah bongkar masa dekat situ.hehehe.


serbu jangan tak serbu

"tanya kak,jangan tak tanya"

gambar HARAPAN RAKYAT

Kumpulan kedua pula menjalankan misi di SMK Mat Kilau,Pekan untuk program Ikon Siswa. Tetamu kehormat yang turut sama ialah Dato' Mustafa bin Long-YDP PIBG Smk Mat Kilau ,Pengerusi Gagasan Pedidikan Melayu Malaysia Negeri Pahang, Tn Haji Mohd zulkifli bin Nordin-Pengetua dan Mohd Shahar Abdullah-Presiden Aspirasi Alumni.






cayalah dek!



panakan badan dulu yop!


Sekali lagi ikon siswi menggegar di SMK Mat Kilau.nak tahu apa cerita , boleh tengok kat blog Braderjai.
Sebelah malam pula, MB Pahang ,YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob  telah sudi meluangkan masa untuk makan malam bersama peserta aman kampus di kediaman rasminya . Gembira betul SMS tengok kawan-kawan SMS makan , maklumlah orang belanja .hehehehe.



gambar Double Y(Klik)

apa-apa pun tahniah pada kembara aman kampus.Walaupun penat ,tapi korang semua memang sempoi. Semoga usaha baik ini akan sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. amin .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...