Followers

Wednesday 30 November 2011

20 graduan terima anugerah nadi negara



KUALA LUMPUR - Seramai 20 graduan wanita dari institusi pengajian tinggi di negara ini menerima Anugerah Nadi Negara anjuran Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Anugerah kali ketiga sejak tahun 2009 yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO itu memberi pengiktirafan kepada pemimpin muda yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada semua pelajar terbabit. Mereka menerima iPad, cek bernilai RM200, baucer buku dan sijil penghargaan.

sumber : KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...