Followers

Saturday, 11 February 2012

#AmanKampus: gegar Pahang yop

Salam.


Semalam kembara #AmanKampus telah sampai ke negeri pahang. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjimatkan masa kerana jadual program yang padat.


Kumpulan pertama telah menjalankan aktiviti info siswa di Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang,  kawasan DS Najib. SMS dapat tahu DS Najib pening kepala bila #AmanKampus turun dekat kawasan .Kenapa PM kita pening? Cuba tengok apa blogger HarapanRakyat dah bongkar masa dekat situ.hehehe.


serbu jangan tak serbu

"tanya kak,jangan tak tanya"

gambar HARAPAN RAKYAT

Kumpulan kedua pula menjalankan misi di SMK Mat Kilau,Pekan untuk program Ikon Siswa. Tetamu kehormat yang turut sama ialah Dato' Mustafa bin Long-YDP PIBG Smk Mat Kilau ,Pengerusi Gagasan Pedidikan Melayu Malaysia Negeri Pahang, Tn Haji Mohd zulkifli bin Nordin-Pengetua dan Mohd Shahar Abdullah-Presiden Aspirasi Alumni.






cayalah dek!



panakan badan dulu yop!


Sekali lagi ikon siswi menggegar di SMK Mat Kilau.nak tahu apa cerita , boleh tengok kat blog Braderjai.
Sebelah malam pula, MB Pahang ,YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob  telah sudi meluangkan masa untuk makan malam bersama peserta aman kampus di kediaman rasminya . Gembira betul SMS tengok kawan-kawan SMS makan , maklumlah orang belanja .hehehehe.



gambar Double Y(Klik)

apa-apa pun tahniah pada kembara aman kampus.Walaupun penat ,tapi korang semua memang sempoi. Semoga usaha baik ini akan sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. amin .





Thursday, 9 February 2012

#AMAN KAMPUS GEGAR SEKOLAH

Salam.

Hari keempat Aman Kampus telah dimulakan dengan program Ikon Siswa di SMK Puteri Wangsa Ulu Tiram. Sesi Ikon Siswa ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui dengan lebih jelas apa yang mereka perlu lakukan apabila berada dalam kampus kelak.

Program ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Suadara Feriz Omar ,wakil NGO Prowaris yang turut menyokong aman kampus mengadakan sesi motivasi bersama pelajar-pelajar di sekolah tersebut.






gambar 1 peluru

Seterusnya ,kembara #AmanKampus diteruskan ke Felda Bukit Besar di SMK Sultan Alauddin,bukit raja
Perasmian YB Dato' Adham Baba 
Sesi motivasi bersama Abang DS

Selepas sesi motivasi ini, Kembara Aman Kampus Mahasiswa bersama masyarakat mendekati golongan kurang upaya yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Bukit Besar.

SMS dengar cerita ada mahasiswa yang menagis sebab kena maki? betul ke? nak tau cuba klik double Y ni.

Owh.lupa nak update mengenai Pentas Anak Muda yang berlangsung di UniKL MITEC malam semalam . SMS dapat tahu ada yang cuba nak provoke semasa sesi soal jawab.Tapi kekecohan yang kononnya di rancang untuk mencuakkan peserta Kembara Aman Kampus ternyata tidak berjaya.

Malas SMS nak cerita panjang , meh sini tengok apa braderjai cerita.

TRIPLE S:
Kembara #Aman Kampus sekarang sedang bergerak ke negeri pahang .Semoga perjalanan kalian diberkati .amin 



Wednesday, 8 February 2012

#Aman Kampus PRIHATIN


Salam 

Masuk hari ketiga Kembara Aman Kampus telah dimulakan dengan aktiviti kemasyarakatan iaitu peserta - peserta dibawa mengunjungi rumah warga tua Seri Kenangan Cheng, Melaka. Sesi selama 1 jam ini membolehkan para peserta bertanya khabar, beramah mesra dan sedikit sebanyak dapat menghiburkan penghuni Rumah Seri Kenangan ini . 

Bukan wang ringgit yang diperlukan warga-warga emas ini,tetapi curahan kasih sayang serta teman untuk mereka di kala suka dan duka. Melalui aktiviti ini , peserta perlu tahu bahawa , walaupun kita telah berjaya, namun jasa orang tua kita jangan di lupa. 






gambar 1-Peluru
ada juga peserta yang sebak dan menangis tatkala bersua muka dengan warga-warga emas ini. KLIK SINI

TRIPLE S:
KEMBARA AMAN KAMPUS AKAN BERGERAK KE PASIR GUDANG UNTUK SESI SETERUSNYA. SEMOGA PERJALANAN KALIAN SEMUA DIBERKATI DAN SELAMAT SAMPAI .AMIN.

JANGAN LUPA NANTIKAN UPDATE TERBARU DARIPADA SMS DAN RAKAN BLOGGER YANG LAIN.

KAMI MAHU AMAN KAMPUS!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...