Followers

Wednesday, 4 January 2012

POLIS PUKUL MAHASISWA BERDEMO?



MEH SINI KOME-KOME SEMUA TEMAN NAK KONGSI MEH VIDEO POLIS GANAS BANTAI MAHASISWA

GANAS TAK? INI BUKAN DEKAT MALAYSIA TAPI DEKAT INDONESIA MEH..KUI KUI KUI..
TAHAP KEGANASAN = KORANG JUDGE LAH SENDIRI..


PADA TEMAN MEMANG GANAS LAH . ADA YANG PATAH SANA-SINI..ISH..ISH..ISH


TAPI TEMAN SEBENARNYA NAK BANDINGKAN DENGAN VIDEO "KEGANASAN" POLIS DI MALAYSIA MASA DEMO UPSI BARU-BARU NI..


Minit 4:20 pula kedengaran pelajar memprovokasi pihak polis dengan mengeluarkan kenyataan :
"Kalau pun polis hendak bertindak kasar seperti mana yang kita kena di KL Sentral silakan..." 

Minit 4:37 bermulanya perbincangan polis bersama wakil pelajar yang memberikan mereka masa selama 15 minit selepas itu mereka diminta bersurai, namun tidak dipersetujui pihak polis memberikan masa selama 30 minit.


Selepas masa yang diberikan tamat barulah Ketua Polis Daerah Tanjung Malim menggunakan hailer meminta mana-mana individu yang hadir berkumpul beredar dan masa yang diberikan untuk mereka bersurai adalah 15 minit.


Dengar pada minit 6:57 turut kedengaran suara sumbang menjawab "Kami tidak akan bersurai".
Jadi siapa provok siapa...?

BACA LEBIH LANJUT KLIK DOUBLE Y

TAPI ADA JUGAK MAHASEWEL INI TERUS MENERUS MEMFITNAH PIHAK POLIS SIAP NAK BUAT REPORT LAGI.

NAMPAK TAK.DIA CAKAP "GERAKAN "BEBAS" AKAN BUAT REPORT POLIS BAI"


--------------------------------------------------------------------------------------
MEH SINI TEMAN SHARE SIKIT PENDAPAT BLOGGER AMENOWORLD YANG CENDERUNG KEPADA PRO PAKATAN INI






=========================================================
APA MAU SEMBANG LAGI .SMM.BEBAS APA MAU CAKAP LAGI?ADAM ADLI?HERO?
APA PON TAK BOLEH BRO..






TRIPLE S : POLIS HANYA MENJALANKAN TUGAS MEREKA . KOME PROVOKE.DEPA KASI HANTAM LAH. JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN.






PANASSS..!!! LAPORAN PENUH UPSI TENTANG RUSUHAN BUDAK-BUDAK ANWAR DI DEPAN PINTU PAGARNYA..!!!


meh layan video ni :)
salam. post ni teman amek di blog dukeofumno

kepada mereka - mereka yang sibuk membuat fitnah mengenai keganasan polis.bawak-bawaklah mengucap dan bertaubat selagi pintu taubat itu masih di buka :)
_____________________________________________________________________________

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar. 
Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 UNIVERSITI MALAYA (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am Mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifaPolis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan UPSI dan TNC HEP mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR 
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 
TANJONG MALIM
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TRIPLE S : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. SIAPA YANG MENGGANAS SEBENARNYE ??

Tuesday, 3 January 2012

NASIHAT DARIPADA ABANG SENIOR YANG MEMBUATKAN SMM + BEBAS + PRO M TERSEDAK

SALAM READERS DAN SELAMAT TAHUN  BARU.
MEMALAM NI.TEMAN JALAN-JALAN BLOG ORANG TEMAN JUMPA POST YANG BEST NI
DARI BLOG BRADERJAI

MOH LE BACE TEMAN-TEMAN. :) HILANGKAN STRESS STUDY TU..


Nasihat Ikhlas Untuk Demonstran Mahasiswa Depan UPSI... Assalamualaikum... Wahai adik-adik samada masih belajar dekat Universiti, Kolej dan sekolah menengah. Ketahuilah bahawa, abang sewaktu usia kamu semua, bergelojak darah muda. Merasakan setiap perjuangan itu adalah perjuangan yang benar asalkan matlamatnya memberontak melawan arus Mainstream.

Tapi apabila abang semakin meningkat dewasa, dan mengetahui akan realiti duniawi ini, maka tanggungjawab yang paling besar pada diri adalah perjuangan untuk terus hidup membela iman yang masih berbaki di dalam dada serta melangsaikan tanggungjawab diri pada tanggungan. Dan ketahuilah bahawa bumi Malaysia ini penuh rahmat dan berkat.

Bagi mereka yang mahu mengakui dan pernah keluar dari negara dan membandingkan dengan negara lain yang lebih berpancaroba. Percayalah kamu bahawa negara ini belum terdesak untuk menerima Roh Medan Tahrir kerana makan cukup di atas meja, sofa hempuk di depan TV, Beras masih bertanak, belajar masih percuma, ubat masih Seringgit.

Kerana hak hakiki seorang manusia masih terbela. Pemberontakan yang ada hanya provok membela nafsu beberapa insan. Jika manusia tertindas, manusia akan bangun secara automatiknya tanpa perlu diapi-apikan berbaring di jalan raya, dan memekik-mekik hingga hilang suara. Jika kamu benar, satu pekikan akan memanggil seluruh rakyat Tanjung Malim keluar mempertahankan kamu. Jika kamu benar, Polis akan simpati kepada kamu.

Jika kamu benar, seluruh UPSI akan berombak bak riak air dicampak batu. Dan kamu perlu tahu. Apa yang kamu lakukan tidak sedikitpun mampu menyaingi kehebatan pelajar berarak di jalan raya menuntut ITM menjadi Universiti pada tahun 70-an. Dan tidak mampu dijadikan kayu pengukur kebangkitan mahasiswa sama sekali. Jika dari Video itu sebagai bukti, kamu mahu aku berfikir, maka simpati aku kepada pihak polis yang telah lembut gigi dari lidah masa memberi peluang kepada kamu agar kamu tidak tercetus rasa marah, namun kamu semua memang bermula dengan niat mahu ia menjadi perjuangan yang dizalimi dan meraih simpati.

Kamu mahu kesan berantai, kamu mahu tangisan air mata darah pada perjuangan yang tidak pasti. Selagi mana manusia belum lapar, dan selagi mana rakyat masih merasa terbela haknya untuk Ilmu, Informasi, bermewah-mewah, berlibur dan tidak merasa takut maka negara tidak akan berevolusi secara tunjuk perasaaan.

Demonstrasi itu adalah gerakan semulajadi yang akan bermula dengan satu isu remeh yang akan menjana riak gelombang ketidakpuasan hati seluruh manusia bak kesan domino tumbang. Pada waktu ia berlaku, sama sekali kemaraan rakyat tidak akan mampu dikekang lagi. Janganlah kamu semua bimbang dan memaksa-maksa harapan demo kamu menjadi nyata.

Jika hak rakyat sudah tidak terbela, perubahan kerajaan itu akan berlaku semulajadi sepertimana berlaku pada pemerintahan Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyah, Fathimiyah, Kerajaan Roman, Kerajaan Monarki Perancis, Kerajaan Kolonial British di Tanah melayu,Kolonial Belanda di Indonesia, Kerajaan Kolonel Muaamar Gadafi, Kerajaan kapitalis di Havana, Kerajaan Hosni Mubarak dan berakhirnya Pemerintahan Presiden Kulit putih di Amerika Syarikat. Dan dengan Automatiknya seorang Wira pejuang rakyat akan bangkit dari mana-mana bak phoenix bangkit dari abu. Ketahuilah kamu bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Cara kamu menjadi ganas dengan tidak semena-mena, menfitnah, mengadu domba, dan mengapi-apikan akan hal yang bukan perjuangan pun pasti akan menimbulkan jelak kepada seluruh puak majoriti senyap! Akhir kata, Mari kita main agak-agak.

" Agak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?" 


-Zulfikar Hazri,2012-


TRIPLE S : BACA BEB.JANGAN TAK BACA. PENUH HIKMAH DAN SARCASTICSM .HEHE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...