Followers

Saturday, 10 December 2011

ISMP DIANAKTIRIKAN ???



ISMP? ISMP itu apa? Mula- mula teman pon idok tahu ape kejadahnya ISMP ni..
Tertanya- tanya jugak teman apa ni?apebenda ni?

teman search- search.teman tanya kawan-kawan teman.
rupenye IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(ISMP),hohoho .baru tau.

berita ini teman dapat dari sahabat teman .kisah ini berlaku di Universiti yang paling selatan tu~~
RU gamaknye.tahniah ye .

kawan teman cerita,dia tak kisah pon kalau isu ini memang diketengahkan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan mahasiswa pendidikan.Ini tidak.adalah pihak yang yang kononnya mahu memperjuangkan nasib dan masa depan mahasiswa pendidikan bertungkus lumus membuat agenda itu dan ini.

Salah satunya dengan melabel KERAJAAN ZALIM,ISMP DIANAKTIRIKAN, KERAJAAN BERI HARAPAN PALSU,dan sampai ada yang berkata MANSUHKAN SAHAJA KERAJAAN ini jika tidak mampu menyelesaikan isu ISMP ini.

wau! hebatnya pejuang-pejuang propa ini, tidak sedarkah mereka, mereka sekarang berada di mana??Universiti Yang dibiayai PENUH oleh kerajaan.

pada teman,kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat peluang pendidikan dan pekerjaan yang bagus. dan baru-baru ini Dato Puad Zarkashi telah memberitahu bahawa sebanyak 5000 peluang untuk graduan ISMP akan diberikan pekerjaan pada tahun hadapan.

Hairan-hairan ,bila menteri sudah umum seperti itu.ada pulak suara sumbang yang berkata "harapan yang menyakitkan hati" -macam tak bersyukur.

teman bukan mahasiswa pendidikan .tapi teman tahu tak semestinya teman belajar kejuruteraan,teman akan jadu jurutera,kita hanya mampu merancang,ALLAH yang akan menentukan.

niat yang menghalalkan cara tidak akan membuahkan hasil yang diiginkan.
sesungguhnya teman hanya menyampaikan luahan hati sahabat teman,yang buruk itu datang dari kita,dan yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T

sampai jumpa lagi :)

JAWATANKUASA AKAN DITUBUH UNTUK PINDA AUKU??

Assalammualaikum w.b.t
maaflah pada pengikut setia blog teman nhe
teman terputus bekalan internet dalam minggu nhe.

walaupun berita ini telah di war-warkan dalam media cetak serta elektronik.tapi teman nak jugak update.
hahaha,pasal apa? suka hati teman lah.kome baca je lah yek.

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa akan ditubuh bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang antara lain akan membolehkan pelajar berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terma rujukan pindaan itu juga akan diwujudkan dan kedua-dua perkara tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.
Jawatankuasa tersebut akan memulakan draf pindaan itu sebaik mendapat kebenaran Kabinet, dan pindaan tersebut diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini, Selasa.
Mohamed Khaled berkata, pindaan tersebut akan menekankan dua prinsip iaitu politik partisan tidak boleh dibawa ke dalam kampus dan pelajar yang mencapai umur 21 tahun, boleh menyertai mana-mana parti politik.
Beliau juga berkata, ia akan melibatkan lebih satu juta pelajar di mana selain pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), beberapa akta lain akan turut dipinda untuk perkara sama termasuk bagi pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), institut perguruan, politeknik dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak tertakluk di bawah AUKU tetapi mempunyai aktanya yang tersendiri.
"Kita akan dapatkan pandangan semua pihak termasuk pelajar dan tenaga akademik dan selain pertemuan dan perjumpaan, penggunaan media sosial juga akan ditekankan bagi mendapatkan seberapa banyak input yang mungkin. Saya berharap semua pihak akan menyokong dan memastikan pindaan dihormati apabila dilaksanakan nanti," katanya.

baca lebih lanjut.klik sini :KOSMO

Thursday, 1 December 2011

Debat 211 Jam

SHAH ALAM 30 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memuji usaha Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) dalam memartabatkan keunggulan sahsiah pelajar sebagai pelengkap kepada kecemerlangan bahasa Melayu di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, pelaksanaan Debat 211 Jam itu dilihat seiring serta memenuhi matlamat KPT dalam melahirkan graduan glokal dan berdaya saing.

"Debat 211 Jam bukan sahaja mengangkat martabat bahasa Melayu tetapi menitikberatkan nilai tambah terutamanya kepada para peserta di kalangan pelajar universiti dan sekolah yang mampu meningkatkan kemahiran insaniah dan survival ke arah negara maju.


"Pelaksanaan Debat 211 Jam dilihat dapat meningkatkan integriti mahasiswa melalui penerapan nilai komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.


"Penerapan kemahiran-kemahiran ini dalam cubaan mencipta rekod untuk Malaysia Book Of Record (MBR) oleh pelajar dapat memberi nilai tambah kepada mereka selain kurikulum yang dipelajari di universiti," katanya ketika ditemui di Dewan Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam di sini, hari ini.


Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said; Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM, Prof. Madya Dr. Za'faran Hassan, Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat, Prof. Dr. Ahmad Redzuan Abdul. Rahman.


Program debat ala perbahasan Parlimen itu melibatkan penyertaan kira-kira 1,600 pendebat yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), maktab perguruan, kolej komuniti, politeknik, alumni pertubuhan belia dan sekolah menengah.


Sebanyak 211 usul bertemakan Transformasi dan Perpaduan Bangsa dibentangkan pada debat selama sembilan hari yang bermula hari ini hingga 2 Disember depan dalam usaha untuk mencipta rekod baharu MBR.

Program debat ini merupakan anjuran Impak, Bahagian HEP dan Fakulti Pendidikan UiTM dengan kerjasama Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Rujhan berkata, Debat 211 Jam juga menjadi aset penting bagi melahirkan graduan yang mampu bersaing, berkeyakinan, mampu berkomunikasi dengan baik serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...