Followers

Wednesday, 8 February 2012

HOT:MAHASISWA UTM BANGKIT LAGI


Salam 




Cuba tengok gambar kat atas ni. MANTOP! Kome ada? hahaha. gambar ni SMS ambil dari Utusan Malaysia yang melaporkan 100 MAHASISWA UTM berkayuh untuk mengumpul dana membantu rakyat PALESTIN ataupun Kayuhan Amal Anak Merdeka 1Malaysia (Trans 1Malaysia).Melalui program itu, semua peserta terbabit berbasikal sejauh 1,014 kilometer dari Johor ke Perlis bermula Ahad lalu dan dijangka tamat pada 17 Februari ini.


Terharu SMS bila baca berita ni sebab masih ada golongan muda yang prihatin . Walaupun sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar ipta, tetapi mahasiswa ini sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program yang mulia ini.


SMS rasa tindakan ini wajar dicontohi oleh mahasiswa - mahasiswa lain. Jangan tahu DEMO bawa MAYAT dengan KERANDA je tahu.


Program ini disertai oleh 100 mahasiswa daripada KOLEJ PERDANA, dan mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi serta pihak swasta seperti Aqsa Syarif, Gin Huat Trading Berhad dan Malakoff Corporation Berhad.

Program ini bukan kali pertama diadakan tetapi telah dianjurkan untuk kali yang ketiga. Mereka mensasarkan RM 20 000 yang dapat dipungut untuk program ini dan setakat ini mereka telah memungut sebanyak RM 5000 pada hari yang ketiga. Kayuhan diteruskan menuju Rumah Kanak-Kanak Rembau, Sekolah Kebangsaan (SK) Abu Bakar Hilir dan persinggahan terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi keseluruhan melalui 147 kilometer 

TRIPLE S :
SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA DAN JANGAN LUPA #AMAN KAMPUS JUGA SEDANG BERLANGSUNG 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...