Salam 1Malaysia...
Entri pada kali ini ingin membincangkan isu Student Mall yang berdekatan dengan Kolej Rahman Putra, Cafetaria Meranti dan Kolej Tun Fatimah
Cerita dari mulut ke mulut memberitakan bahawa terdapat dikalangan staff UTM telah mendapat lot untuk menjalankan perniagaan di Student Mall tersebut. Betul ke???
Setelah mendapat tahu berita tersebut, mahasiswa telah bangkit dengan menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing terhadap isu ini dan ianya begitu hebat dibincangkan terutamanya di Facebook. Da yang x puas ati btul. Meh kite tgok pe depa duk komen:
Perkara yang harus ditekankan disini adalah Student Mall tersebut adalah merupakan satu medium atau alat untuk mahasiswa UTM menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ataupun perniagaan. Dari segi bahasanya pun jikalau diterjemahkan Student Mall merupakan pasar atau kedai mahasiswa. Oleh itu, ianya membuktikan bahawa Student Mall tersebut merupakan hak atau satu keperluan untuk mahasiswa UTM.
Namun begitu, isunya adalah mengapa student mall tersebut telah dijadikan alat atau medium untuk para staff UTM diberikan peluang untuk berniaga di situ???
Tak ada sambutan ke dari mahasiswa UTM?? xnampak memberangsangkan pun..
Atau Mahasiswa UTM yang merancang dan berminat ingin berniaga di Student Mall tetapi menghadapi kekangan dari segi modal???
Mahal ke kadar sewa ??
Penulis mendapat tahu bahawa orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah ini adalah Mr X dari Jabatan Y.
Mahasiswa UTM yang masih lena dek dibuai mimpi harus bangkit bagi menyuarakan pendapat untuk meyelesaikan isu ini kerana objektif pembinaan lot student mall tersebut sangat memberikan keuntungan kepada mahasiswa UTM itu sendiri.
Sama-samalah kita fikirkan....
No comments:
Post a Comment