Followers

Thursday, 15 December 2011

JANGAN PERSENDAKAN HUKUM ALLAH!

Assalammualaikum w.b.t .apa khabar kawan-kawan teman semua .?
dah lama rasenye teman tak update.tak sempat mencoret untuk blog teman ni.

baru-baru ni teman tengok .sibuk rakan-rakan teman post mengenai video sembang rakyat mengenai hudud.
biasalah ada yang MENGUTUK,ada yang MENYOKONG, dan ramai jugak yang mengatakan VIDEO ini di taja oleh UMNO. ape ke he nye????

bagi yang belum tengok boleh klik SINI

bagi teman,kita jadi manusia.fikirlah.sekarang ini bukan musuh sahaja yang akan buruk- burukkan kita,tetapi kawan kita sendiri kadang-kadang yang kita percaya itu yang mengumpat dan mengaibkan kita sendiri.

bagi video ini teman tengok komen menyalahkan UMNO.semua terus direct ke UMNO?semua komen boleh kata menghina ,mengutuk,perkataan jangan kata lah.macam masing-masing itu maksum.tiada dosa.

fikirlah lah saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian.MEMFITNAH itu dosanya lebih besar daripada MEMBUNUH.
lagi satu untuk yang buat video ini.hentikanlah!!.Jangan dengan niat nak jatuhkan orang lain AGAMA anda permainkan!!!

ingatlah kita ini akan mati.ALLAH itu sentiasa MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI.

teman sertakan keratan akhbar mengenai isu ini.kome-kome semua bace la yop.klik SINI

Teman ingin menyeru wahai para pembaca blog teman sekalian.bacalah.fikirlah.telitilah.jangan hanya tengok.terus buat kesimpulan...

sampai jumpa lagi :)

Wednesday, 14 December 2011

PR1MA untuk SIAPA?



SEREMBAN: Kerajaan akan membantu pemaju swasta melaksanakan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), iaitu perumahan mampu milik berkualiti untuk golongan berpendapatan sederhana dengan menyediakan dana pembangunan prasarana projek berkenaan. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kaedah itu adalah cara kerajaan campur tangan menjayakan perkongsian awam-swasta, tetapi kos prasarana berkenaan sangat kecil daripada nilai keseluruhan projek
Katanya, projek perumahan mampu milik dimajukan Sime Darby di sini, menepati konsep perumahan mampu milik dan berkualiti yang sedang diperjuangkan kerajaan untuk rakyat berpendapatan sederhana.
“Rumah berharga antara RM200,000 hingga RM250,000 dan apartmen studio berharga dalam lingkungan RM140,000 dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan antara RM2,000 hingga RM6,000 yang amat memerlukan rumah. 
“Bagaimanapun, mereka tidak mampu akibat harga rumah sangat tinggi di pasaran, tetapi melalui kerjasama antara swasta dan kerajaan, saya percaya dapat membekalkan rumah berkualiti untuk dimiliki golongan ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan PR1MA Sime Darby di Bandar Ainsdale, Jalan Labu dekat sini, semalam. 

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd Bakke Salleh. 

Kira-kira 62 hektar daripada 220 hektar pembangunan Bandar Ainsdale diperuntukkan untuk pembinaan 420 rumah mampu milik berkualiti. 
Antara pemaju lain terbabit dalam fasa pertama PR1MA ialah Putrajaya Holdings, SP Setia Bhd, Tradewinds, Cyberview Sdn Bhd, MRCB Resources Bhd dan 1MDB dengan keluasan keseluruhan 370.04 hektar. 

Terdahulu ketika berucap, Najib mengingatkan pemaju swasta supaya memajukan PR1MA sebagai projek untuk rakyat serta tidak mengambil terlalu banyak untung, tetapi pada masa sama tidak hingga menanggung kerugian. 

Katanya, selepas PR1MA dilancarkan di Putrajaya Julai lalu dan kini di Bandar Ainsdale, lebih banyak projek perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh negara. 

“Ketika dilancarkan di Presint 13 Putrajaya, sambutannya amat hebat hingga saya sendiri khuatir dan gerun. Ini kerana harga rumah dibina antara RM50,000 hingga RM60,000 lebih murah berbanding pasaran,” katanya. 

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan peka dengan kehendak dan keperluan rakyat, terutama apabila proses urbanisasi berlaku di negara ini menyebabkan kira-kira 70 peratus penduduk tinggal di bandar. 

Katanya, ketika golongan berpendapatan rendah mendapat bantuan memiliki rumah dan golongan kaya tidak berdepan masalah berbuat demikian, golongan berpendapatan sederhana kurang mendapat perhatian menyebabkan kerajaan memperkenalkan PR1MA. 

sumber :BERITA HARIAN

Tuesday, 13 December 2011

AUKU demi KAMPUS




KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi menjamin keharmonian dan keamanan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di seluruh negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara pindaan yang dilakukan adalah termasuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.
Bagaimanapun katanya, kampus tetap dikekalkan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.
Ini bermakna mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik di luar kampus sahaja. Mereka tidak dibenarkan membawa masuk sebarang aktiviti berunsur politik ke dalam kampus, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Khaled menegaskan, sehubungan itu, Jawatankuasa Pindaan AUKU yang dikendalikan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menurutnya, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmoditu dianggotai oleh sembilan lagi panel.
Katanya, antara ahli panel tersebut ialah Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi; Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Wan Azman Wan Omar serta Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Seow Ta Wee.
Beliau menjelaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengumpul pandangan serta respons serta melihat pindaan AUKU itu secara keseluruhan termasuk memastikan ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.
Sehubungan itu, beliau meminta mahasiswa dan ahli-ahli akademik supaya mengadakan perbincangan dan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa itu melalui media sosial.
Saya difahamkan, majlis perwakilan pelajar (MPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut pada Ahad ini manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pula Isnin depan.
Perbincangan itu dijadualkan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ujarnya.
Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu dijangka disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan Januari depan dan dibentangkan di Parlimen pada Mac.


crdited to SARFAMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...