Followers

Monday 28 May 2012

HOT :KISAH WWW 1 YANG PERLU ANDA TAHU









Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat. 

Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.



Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". 

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. 

Sekian..
Sumber FB Kesultanan Johor 


SMS:
Untuk apa mempertikaikan kekayaan orang lain jika mereka mampu untuk memilikinya. Jangan hanya tahu mereka-reka cerita.


Monday 21 May 2012

HOT: DEBAT PTPTN #KJvRafiziDebate



Debat PTPTN yang di tangguhkan pada 3 Mei lalu akan berlangsung pada 
22 Mei 2012
SELASA 
10 MALAM

bertempat di 
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf dan siaran langsung dari Astro Awani.

Sama-sama kita saksikan yok.




HOT: SMM MEROYAN NAK BERTANDING PRU13




kikikiki....belajar masing-masing tak habis dan kena gantung ada hati nak bertanding, sedarlah beb. Diri sendiri tak terurus ada hati nak urus kawasan.

situasi ini dilihat sama dengan situasi pada tahun 2008 di mana PARTI MAHASISWA NEGARA yang mahu bertanding dalam PRU 12 








kahkahkahkah,sudah-sudah lah meroyan SMM.






Thursday 17 May 2012

REMAJA OKU HILANG DIJUMPAI



berikutan dengan kes kehilangan remaja OKU yang hilang .sila klik SINI, remaja tersebut telah pun di jumpai.

ALHAMDULILAH...berkat doa ayah dan ibu yang tidak putus-putus berdoa.

JOHOR BHARU - Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU), Saiful Sarmidi yang disedari hilang ketika berada di sebuah surau berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Rinting C, Masai sejak Khamis lepas, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.  

 Bapanya, Sarmidi Subir, 48, berkata Saiful, 21, yang merupakan anak sindrom down dan memegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dituntut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Baharu pagi tadi.

   "Saya mendapat panggilan dari JKM Johor Baharu yang memaklumkan Saiful berada di bawah jagaan mereka, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut JKM Johor Baharu, Saiful berada di bawah jagaan JKM Kota Tinggi sejak Jumaat lepas selepas ada pihak yang menemuinya di bandar berkenaan," katanya kepada pemberita di rumahnya hari ini. 

  Sarmidi yang bekerja sebagai buruh binaan berkata dia berasa lega apabila Saiful yang turut mengalami masalah pendengaran tidak mengalami sebarang kecederaan dan anaknya itu terus memeluknya sambil menangis sejurus berjumpanya pagi ini. 

  Menurut Sarmidi, dia dan isteri Zaleha Rasidi berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan anak mereka dan akan mengadakan kenduri doa selamat di rumah malam ini sebagai tanda syukur.


Sementara itu, Zaleha berkata dia akan berhenti sementara waktu dari bekerja sebagai tukang cuci demi menjaga keselamatan Saiful.   "Saya mahu beri perhatian sepenuhnya kepada anak saya sebelum memikirkan semula untuk bekerja. Saya tidak boleh terus berhenti kerja kerana pendapatan suami tidak seberapa," katanya.   Saiful disedari hilang oleh sepupunya, Suhana Hasri pada Khamis lepas apabila mendapati remaja terbabit tidak berada di dalam Surau Haji Osman, yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya. 
SINAR HARIAN

Thursday 10 May 2012

SEBARKAN: PENGHINAAN KEPADA ALLAH S.W.T DI FB!!



Tidak habis-habis penghinaan kepada Islam . Terbaru di facebook muncul fb page THERE IS ONLY ONE PIG AND THAT IS ALLAH.

Ini jelas menghina ISLAM !ALLAH DAN RASUL- NYA!

SAYA MENYERU PEMBACA YANG BUDIMAN UNTUK KITA SAMA-SAMA REPORT PAGE INI.

JANGAN BIARKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM TERCEMAR!!!



GAMBAR YANG MENGHINA KESUCIAN KAABAH


TAFSIRAN AYAT SUCI AL-QURAN DI TUKAR .




Wednesday 9 May 2012

HOT: DURIAN RUNTUH UNTUK MAHASISWA


Salam 

gambar SuaraBaru


Sms dapat tahu Kad Diskaun Pelajar akan diperkenalkan dan diedarkan mulai bulan hadapan. Langkah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini direalisasikan untuk meringankan beban penuntut institusi pengajian tinggi(IPT) .

Menurut menteri yang terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelajar boleh menikmati diskaun 10 hinggan 30 peratus untuk pembelian barangan keperluan seperti alat tulis dan buku, barangan sukan, optikal, klinikal, makanan dan minuman, kecantikan serta pengangkutan yang dilihat dapat meringankan beban serta dapat memberikan manfaat kepada para pelajar 

Kad ini dijangka diedarkan secara berperingkat bermula pada bulan depan dan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.4 juta pelajar IPT seluruh negara . Sebanyak 20 buah syarikat akan menyertai program ini yang mana akan melibatkan pelajar IPTA dan IPTS serta maktab perguruan dan politeknik.

Terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar permintaan kami para mahasiswa. Terima kasih juga kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) kerana mengusulkan dan membawa suara mahasiswa.

Ini baru perjuangan mahasiswa, bukan perjuangan jalanan yang penuh kurap. Bukan sekadar menabur janji dan retorik semata-mata.




Thursday 3 May 2012

HOT: SAH RAKYAT DIPERGUNAKAN



UNTUK BERKUASA. MEREKA SANGGUP BUAT APA SAHAJA.
SMS TIDAK DAPAT BAYANGKAN JIKA MEREKA-MEREKA INI BERKUASA

INIKAH PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR?

TEPUK DADA TANYALAH DIRI SENDIRI.

psst.meh sini , tekan LINK ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...