Followers

Tuesday 28 February 2012

HOT : Pro -M DALAM BAHAYA!


YDP MPP UTHM

ohh..main curi-curi ambil gambar ea...apa ni PRO MAHASISWA.apa cer ni.

kata "STUDENT POWER" tak kan nak ambil gambar pun curi-curi maa.


lu tak da bahan ka nak buat cerita meh? kesian.kesian.kesian.

berani kerana benar.takut kerana salah


tapi itu di sana.

ini sms nak cerita pulak senario di u yang lain .



Pro -M dakwa ada pihak yang membuat fake account fb kononnya fb untuk pro m dengan membuat event untuk perhimpunan 16 Mac 2012 .Ini dibuat untuk memburukkan nama Pro-m .Hebat2..dah nak prk.macam -macam cara nak menang ye. ish.ish.ish.

tapi kenapa nak tunggu 16 Mac.lambat beno lah, kenapa tak buat minggu ini? tiap-tiap minggu ke.kan lagi elok.

lucu hati bila mana melihat 2 senario. itulah "student power" kan.macam-macam bolah buat. 

tidak mengapalah.nantikan pembongkaran demi pembongkaran siapakah PRO- M ini sebenarnya .tunggu ye yop!

ikuti cerita panas dengan klik sini, sini dan sini.

ape celop tokk~~




HOT: LEGASI MAHASISWA PROGRESIF(LAMPI) MENIPU

MEH LAYAHN GAMBAR MEH




perhatikan betul-betul gambar di atas dan bandingkan dengan gambar di bawah ini



TAK NAMPAK LAGI??

sila klik gambar untuk view yang lebih berkesan

gambar yang dah di crop atau edit.


gambar sebenar

kahkahkah.LAMPI , LAMPI, LEGASI MAHASISWA, BUAT MALU JE , TUKAR NAMA LAH.LEGASI MENIPU PROGRESIF.ADA BEST KA??

BOOOOO~




Monday 27 February 2012

VIDEO: FAKTA LYNAS

Jom layan video

Lynas selamat oleh IAEA


Dua saintis nuklear negara, salah seorangnya dari PAS sahkan Kilang Lynas selamat

pakar dihalang untuk membuat kenyataan mengenai lynas pada mulanya? ish.ish.ish

Kenyataan dari Presiden Pas Haji Hadi mengenai isu Lynas



so, pakar dah sahkan selamat. Tak payah nak dok propa sana sini , sms sarankan YB Fuziah pergilah ke Akademi Menara Gading Balok ,dapatkan fakta yang benar ,tepat dan sahih!
sms rasa dah terang lagi bersuluh .siapa yang benar dan siapa yang salah.kahkahkah.



Friday 24 February 2012

HOT: Aspirasi Dimalukan??

salam

sms dapat cerita , PRO-Mahasiswa UM telah buat pelancaran secara gempak dan besar-besaran . 2000 jentera mereka dijangka turun dalam majlis pelancaran jentera PRO-Mahahasiswa (PRO-M) di dataran Dewan Tuanku Canselor (DTC) Universiti Malaya, KL. Ya Allah, ramainya ahli Pro- M ni.baru tahu.ish.ish.ish.

tetapi! kedatangan sebenar lebih memeranjatkan lagi! memang terkejut mak tengok nak.ramai sangat.......kahkahkahkah.tak percaya? tengok gambar meh..hehehe




jemputan mula mengambil tempat ..


haa!kan ramai tu.2000 tu.kau ada?


kahkahkah.betul ke 2000? hahahahahaha,

apapun,tahniah lah sms ucapkan kepada pro m dah mula keluar dari kepompong masing-masing.INGAT! jangan ingat anda semua selamat. Banyak lagi rahsia anda yang sms dan kawan-kawan sms simpan.kahkahkah

Pihak Aspirasi macam mana? lutut ada ketar ka dengan majlis ni??kahkahkahkah.

tak sampai hati sms nak gelak.tapi dah banyak kali gelak.pui!

Tuesday 21 February 2012

HOT : MAHASISWA BERDEMO


Salam
PERHATIAN.!!
SMS nak beritahu bahawa pada 24hb Februari 2012 bersamaan dengan hari Jumaat MAHASISWA ASPIRASI akan menganjurkan majlis solat hajat untuk rakyat Palestin.serentak di 20 masjid IPTA di seluruh negara.
so, apa lagi kawan-kawan jom pakat pi ramai-ramai , kita mengimarahkan majlis ini.InsyaAllah, banyak keberkatannya.Ini merupakan salah satu cara mahasiswa aspirasi menyatakan tanda sokongan kepada Palestin.

Ayuh rakan-rakan!nyatakan sokongan anda semua! TOLAK ISRAEL!!

INGAT!


24 FEBRUARI 2012

SOLAT HAJAT untuk RAKYAT PALESTIN

20 IPTA seluruh negara

save this date okeh ;)




sms:
dapat tahu.ketua pembangkang jelaskan isu pasal sokongannya terhadap Israel .kahkahkah.

Sunday 19 February 2012

HOT:ISTERI PM BUAT HAL???


Tu  dia tajuk .hahaha. bila orang dah emo , tak suka , 

macam -macam boleh jadi. Ada pergi mencemarkan page fb Curtin University. Kahkahkah, salahkan universiti nak buat apa? kahkahkah, pergi lah demo dekat jalan cakap tak setuju .kahkahkah.


tq Blogserius





Dan selepas itu pihak Universiti of Curtin telah mengeluarkan kenyataan mengenai penganugerahan PHD kepada Datin Seri Rosmah Mansor.


tengok tu...berapa banyak share dan komen mengenai nota di atas..walaweh..


bila orang dah tak suka, macam- macam komen timbul, masing-masing dah macam juri tak bertauliah ,masing-masing komen macam bagus 




ada satu komen yang sms suka .kah,kah,kah





komen-komen di atas merupakan sebahagian, yeke,ea,  tak sampai pun suku yang sms ambil. Bukan apa, kawan-kawan semua boleh lah tengok sendiri kalau tak nak percaya . klik sini ye.


macam-macam perasaan ada bila baca komen rakyat-rakyat yang prihatin ni.


Tiba-tiba sms terfikir,kalau lah
Dato Seri Anwar Ibrahim yang dapat anugerah ini, adakah cemuhan-cemuhan ini yang akan dia dapat? adakah mahasewel dan orang-orang kuat pak nuar ini akan buat perhimpunan untuk meraikan penghargaan itu??
Tidak mengapalah, nak buat macam mana, manusia, sifat dengki itu memang akan ada. 

Kepada Datin Seri Rosmah, tahniah sms ucapkan , kepada yang tidak bernasib baik, cuba lagi buat amal kebajikan ye. Banyak pahala, Allah pun suka .

renung-renungkan, dan selamat beramal.

salam 





Saturday 18 February 2012

HOT: SMM TABIK #AMANKAMPUS

Salam 

Peh tajuk, kenapa ? tak percaya ea??? meh sini sms bagi tengok.



****************************
Kuala Lumpur, 17 Feb : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata pihaknya “tidak berasa terancam dan tergugat” dengan kumpulan pro-Aspirasi yang menganjurkan program jelajah seluruh negara khususnya untuk membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap mereka suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.

Sebaliknya Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berpendapat tindakan tersebut adalah “satu persaingan demokrasi yang baik” bagi membolehkan rakyat menilai isu dengan matang dari siri jelajah kedua-dua pihak.

“Kita berpendirian negara kita, negara demokrasi. Mana-mana kumpulan boleh mengadakan jelajahnya dan boleh bertemu rakyat. Mereka boleh menyampaikan segala idea mereka.”, ujarnya.

Bagi kita, ini satu perkembangan yang baik, apabila pro-Aspirasi sudah mula bergerak dengan baik. Sudah bertindak sebagai mahasiswa yang sebenar,” katanya sinis. 



*************************


walaweh.. tabik lah kat pengerusi SMM , siap buat sidang media tu nak cakap pasal #AMANKAMPUS .Terharunya....

Tapi yang peliknya, kata tak menggugat, tapi di laman twitter bukan main tag orang sana- sini bagitahu kononnya " Jelajah ASPIRASI tak menggugat SMM".




lepas itu, dah tak da modal nak spin, reka cerita lain pulak. "SMM dakwa #AmanKampus prejudis isu Lynas"



takut giler dengan dakwaan mahasewel ini .kahkahkah.

************************

 pelik sms dengan puak-puak mahasewel ni semua. Apalah sangat kan dengan progam Kembara   Aman Kampus ni kalau nak di bandingkan dengan baring atas jalan tu kan. Siap buat sidang media  di MalaysiaKini. Kah,kah,kah.

Tak menggugat, katanya ye, senang kata siapa makan cili .dia terasa pedasnya. kahkahkah.




Friday 17 February 2012

HOT: Mahasiswa Bangkit Untuk Mahasiswa

Salam
Fuh!! dah lama rasanya teman tak update blog ni.hahaha.
Teman dapat tahu Kedai Siswa 1Malaysia(SiswaSave) telah siap untuk beroperasi di 5 buah universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa( UIAM),  Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) .


Semalam , di UIAM Kedai Siswa ini telah dilancarkan oleh YB Dato' Seri Khaled bin Nordin ,Menteri pengajian Tinggi . Beliau juga menyatakan bahawa 8 lagi kedai siswa ini akan dibuka dalam masa terdekat dan ini melibatkan 13 buah universiti kesemuanya .










Pembukaan Kedai Siswa 1Malaysia di 13 IPTA dirancang dengan kerjasama Koperasi Usahawan Siswa(Kosiswa) .Tahniah .tahniah.tahniah !


SMS :

Alhamdulilah, jimat duit mahasiswa jika kedai siswa ini beroperasi dalam u .TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA ;)


Saturday 11 February 2012

#AmanKampus: gegar Pahang yop

Salam.


Semalam kembara #AmanKampus telah sampai ke negeri pahang. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjimatkan masa kerana jadual program yang padat.


Kumpulan pertama telah menjalankan aktiviti info siswa di Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang,  kawasan DS Najib. SMS dapat tahu DS Najib pening kepala bila #AmanKampus turun dekat kawasan .Kenapa PM kita pening? Cuba tengok apa blogger HarapanRakyat dah bongkar masa dekat situ.hehehe.


serbu jangan tak serbu

"tanya kak,jangan tak tanya"

gambar HARAPAN RAKYAT

Kumpulan kedua pula menjalankan misi di SMK Mat Kilau,Pekan untuk program Ikon Siswa. Tetamu kehormat yang turut sama ialah Dato' Mustafa bin Long-YDP PIBG Smk Mat Kilau ,Pengerusi Gagasan Pedidikan Melayu Malaysia Negeri Pahang, Tn Haji Mohd zulkifli bin Nordin-Pengetua dan Mohd Shahar Abdullah-Presiden Aspirasi Alumni.






cayalah dek!



panakan badan dulu yop!


Sekali lagi ikon siswi menggegar di SMK Mat Kilau.nak tahu apa cerita , boleh tengok kat blog Braderjai.
Sebelah malam pula, MB Pahang ,YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob  telah sudi meluangkan masa untuk makan malam bersama peserta aman kampus di kediaman rasminya . Gembira betul SMS tengok kawan-kawan SMS makan , maklumlah orang belanja .hehehehe.



gambar Double Y(Klik)

apa-apa pun tahniah pada kembara aman kampus.Walaupun penat ,tapi korang semua memang sempoi. Semoga usaha baik ini akan sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. amin .





Thursday 9 February 2012

#AMAN KAMPUS GEGAR SEKOLAH

Salam.

Hari keempat Aman Kampus telah dimulakan dengan program Ikon Siswa di SMK Puteri Wangsa Ulu Tiram. Sesi Ikon Siswa ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui dengan lebih jelas apa yang mereka perlu lakukan apabila berada dalam kampus kelak.

Program ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Suadara Feriz Omar ,wakil NGO Prowaris yang turut menyokong aman kampus mengadakan sesi motivasi bersama pelajar-pelajar di sekolah tersebut.






gambar 1 peluru

Seterusnya ,kembara #AmanKampus diteruskan ke Felda Bukit Besar di SMK Sultan Alauddin,bukit raja
Perasmian YB Dato' Adham Baba 
Sesi motivasi bersama Abang DS

Selepas sesi motivasi ini, Kembara Aman Kampus Mahasiswa bersama masyarakat mendekati golongan kurang upaya yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Bukit Besar.

SMS dengar cerita ada mahasiswa yang menagis sebab kena maki? betul ke? nak tau cuba klik double Y ni.

Owh.lupa nak update mengenai Pentas Anak Muda yang berlangsung di UniKL MITEC malam semalam . SMS dapat tahu ada yang cuba nak provoke semasa sesi soal jawab.Tapi kekecohan yang kononnya di rancang untuk mencuakkan peserta Kembara Aman Kampus ternyata tidak berjaya.

Malas SMS nak cerita panjang , meh sini tengok apa braderjai cerita.

TRIPLE S:
Kembara #Aman Kampus sekarang sedang bergerak ke negeri pahang .Semoga perjalanan kalian diberkati .amin 



Wednesday 8 February 2012

#Aman Kampus PRIHATIN


Salam 

Masuk hari ketiga Kembara Aman Kampus telah dimulakan dengan aktiviti kemasyarakatan iaitu peserta - peserta dibawa mengunjungi rumah warga tua Seri Kenangan Cheng, Melaka. Sesi selama 1 jam ini membolehkan para peserta bertanya khabar, beramah mesra dan sedikit sebanyak dapat menghiburkan penghuni Rumah Seri Kenangan ini . 

Bukan wang ringgit yang diperlukan warga-warga emas ini,tetapi curahan kasih sayang serta teman untuk mereka di kala suka dan duka. Melalui aktiviti ini , peserta perlu tahu bahawa , walaupun kita telah berjaya, namun jasa orang tua kita jangan di lupa. 






gambar 1-Peluru
ada juga peserta yang sebak dan menangis tatkala bersua muka dengan warga-warga emas ini. KLIK SINI

TRIPLE S:
KEMBARA AMAN KAMPUS AKAN BERGERAK KE PASIR GUDANG UNTUK SESI SETERUSNYA. SEMOGA PERJALANAN KALIAN SEMUA DIBERKATI DAN SELAMAT SAMPAI .AMIN.

JANGAN LUPA NANTIKAN UPDATE TERBARU DARIPADA SMS DAN RAKAN BLOGGER YANG LAIN.

KAMI MAHU AMAN KAMPUS!




HOT:MAHASISWA UTM BANGKIT LAGI


Salam 




Cuba tengok gambar kat atas ni. MANTOP! Kome ada? hahaha. gambar ni SMS ambil dari Utusan Malaysia yang melaporkan 100 MAHASISWA UTM berkayuh untuk mengumpul dana membantu rakyat PALESTIN ataupun Kayuhan Amal Anak Merdeka 1Malaysia (Trans 1Malaysia).Melalui program itu, semua peserta terbabit berbasikal sejauh 1,014 kilometer dari Johor ke Perlis bermula Ahad lalu dan dijangka tamat pada 17 Februari ini.


Terharu SMS bila baca berita ni sebab masih ada golongan muda yang prihatin . Walaupun sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar ipta, tetapi mahasiswa ini sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program yang mulia ini.


SMS rasa tindakan ini wajar dicontohi oleh mahasiswa - mahasiswa lain. Jangan tahu DEMO bawa MAYAT dengan KERANDA je tahu.


Program ini disertai oleh 100 mahasiswa daripada KOLEJ PERDANA, dan mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi serta pihak swasta seperti Aqsa Syarif, Gin Huat Trading Berhad dan Malakoff Corporation Berhad.

Program ini bukan kali pertama diadakan tetapi telah dianjurkan untuk kali yang ketiga. Mereka mensasarkan RM 20 000 yang dapat dipungut untuk program ini dan setakat ini mereka telah memungut sebanyak RM 5000 pada hari yang ketiga. Kayuhan diteruskan menuju Rumah Kanak-Kanak Rembau, Sekolah Kebangsaan (SK) Abu Bakar Hilir dan persinggahan terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi keseluruhan melalui 147 kilometer 

TRIPLE S :
SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA DAN JANGAN LUPA #AMAN KAMPUS JUGA SEDANG BERLANGSUNG 






#Aman Kampus :IKON SISWI MENGGEGAR

Saudari Badriah - wakil Aman Kampus 



Bertempat di Rumah Media Melaka, Kelab Chedet bersama ASPIRASI dan GPMS menganjurkan PENTAS ANAK MUDA dalam siri Jelajah Aman Kampus.



Badariah, wakil Aman Kampus membicarakan peranan Belia & Mahasiswa kepada masyarakat. Antara tanggungjawab mahasiswa adalah turun padang untuk mempromosikan pendidikan sepanjang hayat kepada golongan yang lebih muda.

Beliau sarankan Mahasiswa supaya menjadi ikon kepada masyarakat terutamanya adik-adik yang masih bersekolah. Bantu mereka dengan menyalurkan maklumat supaya mereka boleh merancang masa depan yang lebih baik.

Saudara Saufi -YDP GPMS UTeM

 Exco Kelab Chedet berbicara mengenai Dinar Emas


Sudah dua hari berlangsungnya Kembara Aman Kampus dan hari ini merupakan hari ke-3. Apa yang menarik mengenai Kembara Aman Kampus adalah para mahasiswa yang mengikuti kembara 14 hari ini tidak mengetahui apakah aktiviti yang akan mereka lakukan keesokkan harinya.

Pihak urusetia tidak memaklumkan setiap aktiviti yang bakal dilakukan sebaliknya para mahasiswa yang terlibat hanya mengetahui aktiviti mereka hanya beberapa jam sebelum aktiviti tersebut dijalankan.
Video dua hari Kembara Aman Kampus telah dimuat naik di blog 1-PELURU -
IKUTI LAPORAN DI BLOG-BLOG LAIN YANG TURUT MEMBUAT LIPUTAN KEMBARA AMAN KAMPUS :



TRIPLE S :
KAMI MAHU AMAN KAMPUS!BEBAS TAK NAK JOIN SEKALI KA?


Tuesday 7 February 2012

#AmanKampus :Bersihkan Tanah Perkuburan Islam

Salam

Hari ini geng #Aman Kampus telah bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Islam Kampung Mertang,Kuala Pilah .Negeri Sembilan.





gambar dari 1Peluru
sumber : 1Peluru

Triple S :

Alhamdulilah, semoga niat baik ini sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...