Followers

Friday 27 January 2012

PANAS:MB KEDAH DISURUH MASUK BN??


Dengar betul-betul dari minit 0:17.


Video ini telah dirakam sesi temuramah selepas program Wacana Sinar Harian yang bertajuk " Masih Relevankah Auku"


Program itu turut disertai "HERO" Adam Adli, Pelakon Terbaik Anugerah Demo sepanjang Hayat iaitu Safwan 'Wheelchair' Anang dan juga kumpulan SOLIDARITI MENIPU MAHASISWA (SMM)


Dalam sidang media tersebut seorang wartawan bertanyakan kepada Aziz Bari mengenai tindakan Menteri Besar Kedah DS Azizan Razak berhubung tindakan Azizan yang menggunakan AUKU menghukum pelajar KUIN tempoh hari.


Kah!Kah!Kah! Aziz Bari suruh MB Kedah masuk BN sebab MB Kedah menyokong AUKU.
Dah lah suruh MT tertinggi PR ambil tindakan tegas pada MB Kedah.


Tapi jap ek. Aziz Bari ni siapa? Ada jawatan ea dalam PAKATAN RAKYAT mahupun PAS?? Sampai boleh menyeru dengan tegas suruh PR ambil tindakan pada MB Kedah??KAH,KAH,KAH



Adakah ini tanda-tanda awal MB kedah akan disingkirkan daripada PAS?? seperti Dato Hasan Ali?
sedih,sedih..

tapi yang pastinya, mesti tak ade kumpulan BEBAS yang akan buat solidariti untuk MB Kedah kan?? masa Hasan Ali kena pecat pon tak ada pon kome buat solidariti untuk Hasan Ali.

Tapi untuk ANUAR buat pulak.aigoo~~

SUMBER : DOUBLE Y


Wednesday 25 January 2012

MESTI BACA!!18 XX

Salam
teman hari ni nak share pasai gamba yang tengah MELETOP kau kat fb, ni gambanye



betulkah? ataukah ini fitnah semata-mata?? Wallhualam .









TRIPLE S :
MAAF TAJUK KALAU ADA YANG TERTIPU DENGAN TAJUK ! HEHEHE
TAPI PIHAK YANG BERWAJIB MESTI AMBIL SERIUS KERANA INI MELIBATKAN SOAL KEGUNAAN BARANGAN HARIAN DAN AKAN MEMBAHAYAKAN NYAWA JIKA RISALAH INI MEMANG BENAR.



Monday 23 January 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR

TEMAN NAK UCAP PADA SELURUH KAUM CINA DI MALAYSIA SELAMAT TAHUN BARU CINA. TAHUN NI TAHUN NAGA MAA, MANYAK ONG LA .HEHEHE

APA- APA PON JOM LAYAN VIDEO KAT BAWAH NI.





peace no war! :)



Monday 16 January 2012

HUKUM TUKAR BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA


SALAM

DAH HABIS EXAM? HEHE.TEMAN BARU HABIS .SEKARANG NI TEMAN DENGAR SEMUA IPTA SEDANG GIAT MENGEDARKAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA KEPADA SEMUA PENUNTUT U MASING-MASING.TEMAN PON TAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENGAMBIL BAUCAR TERSEBUT.




GAMBAR MAHASISWA UTARA


NAK TAHU LAGI KLIK SINI

tapi ada jugak dalam kalangan mahasiswa tidak mahu menggunakan baucar ini seelok-eloknya.Ada yang nak tukar dengan duit lagi.hehehe. Meh tengok sini apa hukum tukar baucar buku tersebut dengan duit tunai.


"Oleh kerana voucher buku bernilai RM 200 itu khas untuk beli buku dan diterima sebagai 'wang', menukarnya dengan tunai pada harga yang sama, salah di sisi undang2 Malaysia, tapi tiada masalah dari sudut hukum Fiqh. Tapi menjual @ menukar voucher itu dengan harga yang lebih murah boleh jatuh dalam hukum riba kerana menukar wang dengan wang yg tidak sama kuantitinya adalah Riba al-fadhl-sumber dr zaharuddin.net"

TRIPLE S :

GUNAKANLAH PELUANG DENGAN SEBAIK MUNGKIN. INI BOLEH MERINGANKAN BEBAN KITA SEBAGAI MAHASISWA KHUSUSNYA . 

Tuesday 10 January 2012

KESIAN ADAM

SALAM

Eh.apa jadi dengan ADAM ADLI ?? owh kena gantung 3 SEMESTER pengajian rupanya.





tapi cuba tengok adam kata apa dalam twitternya






ada yang menyokong dan tak kurang ada yang menentang.




Nak baca lagi panas klik sini bro.

TRIPLE S :

Mungkin adam sudah ada ada persediaan untuk mengisi cuti panjang .Dengar cerita BEBAS akan  buat roadshow  satu MALAYSIA.
Apa-apa pun teman sentiasa doakan Adam ni mendapat hidayah daripada Allah S.W.T untuk membezakan yang hak dan yang batil.InsyaALLAH.

Monday 9 January 2012

PANAS :AKSI LIAR PENYOKONG PAK NUAR

SALAM.

Pak Nuar dah bebas,tapi penyokong pak nuar ni cari pasai pulak dah..tak guna cakap banyak, moh tengok video ni bro..



video WAK DANIAL

nak artikel , klik sini,


sebelum itu, sejurus selepas PAK NUAR dibebaskan , berlaku insiden letupan bom dimana dilaporkan dimana 2 TERCERDERA.


gambar DRMIM






gambar dari DOUBLE Y

dan ada jugak yang meninggal dunia???


gambar DOUBLE Y

ini bukan lakonan ye 

walaubagaimanapun, kecekapan pegawai medik , berjaya menyelamatkan mangsa tersebut.




PAK NUAR BEBAS LAGI BRO!!


senyum kambing pak nuar ea.




Teman nak update pasai KEPUTUSAN MAHKAMAH mengenai KES SENSASI ANUAR IBRAHIM
.
.
.
.
.
.
.
keputusannya ,Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang MENGEJUTKAN memutuskan Anwar tidak BERSALAH dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA DAN ORAL LISAN tak boleh sabit kesalahan. 

??? DNA tak BOLEH PAKAI?? APE DAH JADI DENGAN MAHKAMAH MALAYSIA NI?

ADIL KE TAK  ADIL MAHKAMAH MALAYSIA ?? FIKIRLAH SENDIRI.


TRIPLE S:

SO PEMINAT PAK NUAR, NAK CAKAP APA LAGI? TAKKAN NAK KATA KERAJAAN ZALIM LAGI? PUI!


SMM SERU PERGI 901 BRO

Cube tengok kat bawah ni. SMM seru bro , pergi perhimunan 901 bro.


mana pergi perjuangan KEBEBASAN AKADEMIK? dah jadi
  KEBEBASAN POLITIK?



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatkan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.

Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah."Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.

"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.


APA SUDAH JADI BRO SYUKRI??

JOM TERJAH BLOG MAHASISWA UTARA KALAU NAK TENGOK LEBIH PANAS LAGI.

TRIPLE S :
TEMAN TAK SETUJU KALAU MAHASISWA TURUN SEKALI.KALAU SETAKAT NAK MERAMAIKAN, DOK BILIK BACA BUKU LAH BRO.LAGI DAPAT PAHALA.

TEMAN MENYERU KEPADA KAWAN-KAWAN MAHASISWA SEMUA, TAK PERLULAH MENYERTAI PERHIMPUNAN 901 . SAYANGILAH NYAWA KALIAN.

SALAM


UTM DIUMUM IPT BERAUTONOMI PENUH




JOHOR BAHRU, 8 Januari:
 Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin membuat kejutan apabila mengumumkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diberi status universiti berautonomi penuh.

Pengumuman itu dibuat semasa beliau menyampaikan ucapan di majlis penyampaian sijil Biasiswa Endowmen dan surat tawaran mengikuti Five Excellent Tracks Programme (5ETP) di Dewan Senat hari ini.

“Saya ingin umumkan di sini bahawa UTM adalah antara beberapa universiti yang telah berjaya mendapat status berautonomi penuh dan nama universiti lain akan diumumkan semasa amanat tahun baru nanti,” katanya.

Dato’ Sri Mohamed Khaled berkata, status berkenaan berkuatkuasa tahun ini memberi kuasa kepada universiti antaranya dari segi urus tadbir, kewangan dan pengambilan pelajar.

“Autonomi berkaitan dengan kecemerlangan dan tidak ada alasan lagi bagi universiti yang mendapat status berkenaan untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

sumber :newshub utm

TRIPLE S :
TAHNIAH UTM .:)

Sunday 8 January 2012

TAK NAK 901


SALAM 



APA KABO KOME SUME? HEHEHE.EA.ESOK DAH 9 JANUARI. 901 .ADA APA DENGAN 901?
HAHAHA..TAK TAHU LAH TEMAN KALAU KOME IDOK TAU .

BERSALAH KE TIDAK PAK NUAR , SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT.


OKE. BERBALIK PADA TAJUK ENTRY, TEMAN NAK HAPDATE PASAI SESI SIDANG MEDIA JELAJAH AMAN KAMPUS YANG BERLANGSUNG DI UITM SHAH ALAM ,SEMALAM OLEH  MAHASISWA PRO-ASPIRASI , YANG DIWAKILKAN OLEH NGO-NGO SERTA WAKIL MAHASISWA SELURUH IPT UNTUK MENYATAKAN HASRAT TIDAK MENYOKONG PERHIMPUNAN 901.


OPS.TAPI KAN MANA P "BEBAS", SMM ,SAMM DAN PRO MAHASISWA YANG MENDECLAREKAN PERSATUAN KOME-KOME INI BEBAS (TIADA CAMPURTANGAN PARTI POLITIK). KOME TAK NAK BUAT SIDANG MEDIA KE TAK BERSETUJU PERHIMPUNAN 901?? KATA KOME BEBAS ?? KE KOME TAKUT ? HEHEHEHE. KE KORANG PENYOKONG TEGAR PAK NUAR NI.ISH.ISH.ISH..


BERIKUT MERUPAKAN MEMORANDUM YANG AKAN DISERAHKAN KEPADA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK.






ANTARA ISI KANDUNGAN MEMORANDUM 
MAHASISWA AMAN TOLAK 901:

1) Minggu Peperiksaan Akhir dan Waktu Kuliah
2) Keselamatan Diri Mahasiswa
3) Himpunan 901 Tanpa Penglibatan Mahasiswa & Pelajar Sekolah
4) Penguatkuasaan AUKU 1971 Pindaan 2009 Dapat Mengekang Mahasiswa Diperalatkan Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab
5) Pertahankan AUKU 1971 Pindaan 2009

TEMAN TAK KISAH KALAU MAHASISWA NAK PERGI ,TAPI SENDIRI MAHU INGATLAH. 

PILIHAN DI TANGAN MAHASISWA .


PADA TEMAN MAHKAMAH DAH BAGI PELUANG PADA PAK NUAR NAK PERTAHANKAN DIRI.TAPI APA DIA BUAT? 60 PENANGGUHAN KES BEB, KOME ADA? HAHAHA.
LAGI SATU , KALAU TAK SALAH BUAT APA SURUH ORANG DATANG  MAHKAMAH BUAT PERHIMPUNAN BAGAI?? MASALAH PERIBADI JANGAN LIBATKAN RAKYAT LAH.


DATO' HASSAN ALI EXC0 PAS SELANGOR PUN TAK SOKONG 901 NI. BUAT MALU JE LAH. YANG  PROGRAM HIMPUN TAK NAK PULAK BAWAK RAKYAT PERGI  JOIN SEKALI. APA PON TAK BOLEH BRO.



TRIPLE S :
 ALLAH ITU MAHA ADIL, MOGA ALLAH BUKAKAN PINTU HATI RAKYAT MALAYSIA, SUPAYA TIDAK MENYOKONG PERHIMPUNAN 901. AMIN

TERIMA KASIH CST










Friday 6 January 2012

DIA MAI DAH





  • DAH KELUAR FLYERS BEB UNTUK HALANG DEMO DI UKM.
TENGOK YANG INI PULAK

BETUL KE KENA UPAH? ISH.ISH.ISH.

SAPE YANG UPAH? KE INI PROPAGANDA PIHAK TERTENTU YANG MAHU MEMBURUKKAN PIHAK YANG TAK SETUJU DENGAN DEMO INI??
SIAPA BUAT NI? BAIK NGAKU .ALLAH TAK SUKA ORANG MAIN FITNAH NI TAU. HOHOHOHO











MELAYU ISLAM


1. Sepatutnya orang Melayu tidak bermasaalah berkenaan agama mereka. Semua orang Melayu beragama Islam. Sejak sebelum merdeka lagi, dimasa penjajahan oleh British pun mereka semua beragama Islam. Jika mereka tidak beragama Islam maka mereka tidak diiktiraf sebagai orang Melayu. Apabila Malaysia merdeka, Perlembagaan negara menentukan bahawa walaupun mereka berbahasa Melayu dan beradat-istiadat Melayu, tetapi jika tidak beragama Islam, mereka bukan Melayu.

2. Perjanjian dengan British oleh Raja-Raja Melayu mengandungi larangan terhadap pendakwah Kristian mengkristiankan orang Melayu. Justeru itu tidak ada orang Melayu yang beragama Kristian dan hilang identiti sebagai Melayu.
3. Mungkin dari segi pengetahuan dan amalan, ramai orang Melayu tidak mencerminkan peribadi Islam sepenuhnya tetapi mereka tetap mempertahankan keislaman mereka. Bahkan mereka akan marah jika mana-mana pihak berkata mereka tidak Islam.

4. Orang Melayu juga tidak menghadapi masaalah kelainan mazhab. Mereka semua adalah dari kumpulan Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah, berimam dengan Imam Shafie. Dengan itu tidak ada perbezaan fahaman agama yang boleh memecahbelahkan mereka. Perpecahan dan permusuhan seperti yang terdapat di antara Sunni dan Syiah tidak terdapat dikalangan orang Melayu. Sudah tentu tidak berlaku bunuh-membunuh kerana kelainan mazhab antara mereka seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab.

5. Sesungguhnya orang Melayu amatlah bahagia kerana menikmati Islam yang tidak berbeza-beza. Apabila seruan dibuat supaya orang Melayu bersatu untuk menentang Malayan Union, dengan mudahnya mereka menyahut seruan, mereka bersatu tanpa mengambilkira dari negeri mana mereka datang.

6. Tetapi sekarang orang Melayu Islam di Malaysia sudah berpecah dan bermusuh-musuhan dengan teruknya sesama mereka. Agama yang satu, mazhab yang sama tidak terdaya menangkis serangan oleh ahli politik yang menciptakan syarat-syarat baru bagi agama Islam demi politik duniawi yang dikejar oleh mereka ini.

7. Oleh kerana syarat dan tafsiran-tafsiran ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith-hadith yang sahih atau dalam mana-mana kitab tulisan ulama-ulama silam yang muktabar, maka majoriti daripada orang Melayu Islam menolak syarat-syarat ciptaan mereka yang berkepentingan ini. Dengan itu berpecahlah orang Melayu Islam kepada dua kumpulan yang saling bermusuh antara satu sama lain.

8. Hasil dari perpecahan ini maka berlakulah sembahyang dua imam, larangan perkahwinan antara ahli dan penyokong parti yang tidak terima syarat-syarat ciptaan pemimpin parti dan perkuburan berasingan antara yang tidak terima dengan yang terima.

9. Yang lebih buruk lagi ialah ketaksuban pengikut kepada pemimpin ini sudah sampai kepada tahap menghalalkan apa sahaja yang dilakukan atau diperkatakan oleh pimpimpin. Apabila pemimpin berkata orang Islam boleh mencarut, kerana Tuhan juga kononnya mencarut, tidak ada sesiapa daripada anak buah pemimpin yang membantah, atau menegur pemimpin berkenaan. Demikianlah apabila pengikut yang taksub dengan pemimpin mendakwa bahawa pemimpin mereka adalah sama dengan nabi, tidak ada pembetulan atau bantahan daripada pemimpin berkenaan dan penyokong-penyokongnya.

10. Agama Islam di Malaysia sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya sudah menjadi luntur kerana Islam diperalatkan untuk kepentingan politik duniawi. Orang Melayu yang bahagia kerana bangsa mereka dikait secara langsung dengan agama Islam, sudah hilang nikmat yang datang dari ikatan ini. Hasilnya ialah perpecahan, kelemahan dan kehinaan. Hasilnya ialah mereka menjadi pengemis di negara sendiri, pengemis yang meminta-minta sokongan dari orang lain. Mereka yang mengemis tetap akan menjadi orang suruhan kepada yang membantu mereka.


USM DISERANG !

SALAM

JUST A SHORT UPDATE PASAL DEMO DI USM. TEMAN DENGAR RAMAI YANG TAK TURUN DARI YANG TURUN.

MEH TENGOK SUASANA SEKITAR DEMO KAT USM



DAN SEDUTAN VIDEO DI DEMO TERSEBUT
KLIK SINI

  • TAK RAMAI PON SEBENARNYA . MEREKA SEMUA DOK KUMPUL DEKAT GELANGGANG BOLA KERANJANG DI DESASISWA BAKTI USM.
  • KENAPA BUAT DEKAT GELANGGANG ? TENGAH MALAM PULAK .HAHAHA
  • DEMO BERBENTUK DISKUSI DI MANA MEREKA MEMBINCANGKAN KONONNYA "KEGANASAN PIHAK POLIS" YANG MEMBELASAH PERUSUH TERMASUK SAFWAN ANANG.
  • TEMAN PELIK.BUKAN MINGGU EXAM KE? HAHAHA,ADA MASA PULAK YE.
  • SEORANG BLOGGER YANG DIKENALI DENGAN NAMA DR MIM TELAH MENERANGKAN KEJADIAN SEBENAR YANG BERLAKU KEPADA ADIK-ADIK  BAHAWA PIHAK POLIS SUDAH MEMBERI AMARAN DAN MENASIHATI PERUSUH TERBABIT. DAN APABILA ADA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA MEMANJAT PAGAR, SEMENTARA YANG LAIN CUBA UNTUK MEROBOHKAN PAGAR UTAMA UPSI , PIHAK POLIS TERPAKSA MENGAMBIL TINDAKAN.
  • ADA WARTAWAN YANG TURUT HADIR SAMA ADA DARI PRO PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN.


SUMBER : DRMIM 
TRIPLE S : 
TEMAN TAK KISAH KALAU NAK DEMO, TAPI PAKAI FAKTA LAH, BIAR BALANCE .INI TIDAK BILA ORANG TERANGKAN TAK MAHU TERIMA. SALAH TETAP SALAH DEK

LEPAS NI KABONYE UPM DAN UKM PULAK. GET READY YOP


Thursday 5 January 2012

PMI BUDAK SURUHAN PAS BRO

SALAM .

ANDA NGANTUK? TEMAN PUN SAMA, HAHAHA.TAPI TEMAN NAK HILANGKAN NGANTUK , TEMAN NAK SHARE DENGAN KOME SEME. HEHEHE

CE CUBE KLIK + ZOOM IMEJ KAT BAWAH NI

SURAT MAHFUZ KEPADA SETIAP PIMPINAN PMI SATU KETIKA DAHULU

-----------------------------------------------------------------------

CUBA TENGOK LOGO INI.


 SAMA TAK DENGAN YANG DI BAWAH INI??


INI LOGO PARTI SOSIALIS MALAYSIA



MUNGKIN INILAH IDOLA KEBANGKITAN SMM DAN APA YANG BERLAKU SEKARANG.
BAPA YAHUDI MODEN YANG BERJUANG ATAS NAMA KOMUNISME

BACA LEBIH LANJUT : BADAR KHUBRO

TRIPLE S :
KOME KUTUK ASPIRASI KUDA GOMEN.KOME?


KRONOLOGI POLITIK KAMPUS UPSI

SALAM

MOH LE BACA

KRONOLOGI POLITIK KAMPUS UPSI YANG BERMULA DARIPADA TAHUN 2002



Tahun 2002
MPPUPSI  ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh amir hamzah dan ust fauzi.Ustaz fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di upsi.USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
 
Bagi  menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP .Beliau ialah saudara shahruddin .Juga digelar sharudin songkok tinggi .Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini upsi dan pegawai hep nya sememangnya menyebelahi pembangkang. inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu.Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.
 
Tahun 2003
 
Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan.Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI.Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro pas. pro pas pula mendapat dana yang di salirkan oleh pertubuhan luar.
 
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat  14 kerusi dan  aspirasi mendapat 12 .YDP MPPUPSI dipegang  oleh Ust fauzi bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, fauzi bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di upsi.
 
Tahun 2004
 
Gerakan MPPUPSI lebih menyengat di zaman dato dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain.Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro pas.Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan hep ketika itu. sekarang pegawai tersebut masih ada lagi di upsi.
 
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula takut dengan movement aspirasi..Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.
 
MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul ( dihantar mengajar ke sarawak atau sabah tak silap )dan Nydp Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di batu pahat.Najib membawa watak agama yang tinggi  sehingga membuktikan bahawa kumpulan fauzi bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan islam.Kabinet aspirasi  dikuasai oleh pihak aspirasi.
 
Tahun 2005
 
PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi .Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(kolej harun aminurashid).Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat  speaker corner oleh pihak universiti.Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan-Namun, di bawah pimpinan saudara faizul , najib dan rakan rakannya aspirasi menang buat kali kedua.Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.
 
Tahun 2006
 
akhir tahun 2005, jawatan tnc hep dato dollah tidak di sambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum.Puak-puak pembangkang semakin aktif  dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
 
Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh mohd faiz. .Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2.Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro pas di kampus.
 
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya . Semua ini adalah permainan prof aminah seorang vc yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.
 
Tahun 2007 hingga sekarang
 
peninggalan prof aminah sebenarnya yang menyebabkan upsi tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. prof aminah gagal dalam mengawal gerakan student upsi. prof aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di upsi sehingga sekarang. Bagi prof aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus.akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari upsi.lahirlah mahasiswa upsi yang kurang ajar. sekiranya aminah bertindak dengan cekap bersama HEPnya . sudah pasti upsi dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN DAN PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.
( sumber : BK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang kampus upsi yang tidak dipandang kerajaan BN. di hina, di caci dan di fitnah oleh pro pas dan pkr kerana mempertahankan kerajaan. namun, sia-sia perjuangannya. tetapi atas dasar perjuangan agama dan bangsa, beliau menjadi guru wibawa di malaysia)



BACA SELEBIHNYA : BADAR KHUBRO

TRIPLE S : 
  OWH.PRO MAHASISWA RUPANYA PRO PAS. BUKAN  "BEBAS " KE? HAHAHAHA

Wednesday 4 January 2012

PANAS : KENYATAAN RASMI HOSPITAL TENTANG KECEDERAAN SAFWAN ANANG & KEMATIAN PELAJAR IPTA SEMASA DEMO DI UPSI


SALAM.TEMAN DAH CAKAP. PELAKON ANUAR NI HEBAT.
ORANG BIASA MUNGKIN KOME BOLEH BOHONG.

TAK KAN PAKAR NAK MENIPU..HAHAHAHA





MiM mendapat maklumat terbaru bahawa Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan tentang kecederaan yang di alami oleh Safwan Anang, perusuh haram di UPSI pada Ahad lepas.


Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin ahmad Maher mengatakan bahawa Safwan Anang tidak patah tulang pipi seperti yang difitnah oleh beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang dan juga facebookers mereka.


Malah, pemeriksaan X-Ray telah dilakukan dan tiada patah tulang rusuk seperti yang difitnah oleh pro-pembangkang!


KenyataanPengarah Kesihatan Perak itu sekaligus menafikan laporan berita yang di siarkan di dalam HaprakahDaily dan MalaysiaKini sebelum ini. 


Begitu juga dengan pembohongan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR seperti laporan di bawah :



BACA LEBIH LANJUT : DRMIM

==========================================================

TRIPLE S :
KALAU DAH MENTOR PON KAKI KELENTONG.APATAH LAGI ANAK BUAH YE . TEMAN TAHU ADA SEGELINTIR MAHASISWA YANG TIDAK SENANG DENGAN POST-POST TEMAN.APA NAK BUAT.TAK SEMUA ORANG SUKA DENGAN KITA :)






DEMO UPSI DEMO POLITIK BRO

SALAM

Penat lah teman nak taip isu pasal SMM ,BEBAL..ops, "BEBAS" demo dan sewaku dengan nya.bukan apa.muak dengan lolongan hantu raya kome semua ni..hahahaha..

Penat dengar "kami suara semua mahasiswa", " kami mewakili bla..bla..bla" dan bla,,bla,,bla,,. Tak penat ke kome semua ni.?



Toksah cakap banyak lah .kome pon  berjuang siapa yang support korang ??hahaha
Moh le kite semua bukak mata ,bukak hati .bukak minda kita, tengok apa teman nak tunjuk ni..

INI STATEMENT MANTOP DARI MAHASISWA PENDIDIK(MP) WAKIL LEGASI MAHASISWA PROGRESIF (LAMPI)


DAN INI PETIKAN UCAPAN DARI PENGERUSI SOLIDARITI MINORITI MAHASISWA AHMAD SYUKRI

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.


Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah."Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.


"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.

---------------------------------------------------------

TAPI APA KAITAN NYE MAMAT NI DENGAN ORANG KUAT PKR DALAM GAMBAR  NI?


--------------------------------------------------------------------------------------

DAN KENAPA TIBA -TIBA USTAZ NAHSRUDIN HASSAN NI TIBE DOK MEMPERTAHANKAN MAHASEWEL INI SEMUA??


TAK CUKUP LAGI.MEH LAH TEMAN TUNJUK .MEMULA DEMO .YANG MEMPERSEMBAHKAN ADAM ADLI SELAKU HERO..KUI.KUI.KUI



APA SEMUA NI?? BEBAS? SUARA MAHASISWA?
TEMAN TENGOK BEREBUT ORANG DOK MEMPERTAHANKAN KOME SEME NI.
KATA BEBAS.HAHAHA

UNTUK BACA LEBIH LANJUT KLIK BRADER JAI


DAN TEMAN NAK KOME TENGOK VIDEO NI


KENAPA  UMNO DAN BN  PULA DISALAHKAN??

SAAT KE 0.24 -BOLEH PULAK CAKAP "TOLAK UMNO"
SAAT KE 0.30 HINGGA 0.43 - "KERAJAAN UMNO DAN BN MELAKUKAN SEDEMIKIAN .KITA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENOLAK KERAJAAN UMNO"

.KATA KAU BEBAS BRO..HAHAHAAHAHAHA

----------------------------------------------------------------------------------------------
TAPI TEMAN NAK TUNJUK LAGILAH.INI BOLEH KASI SENTAP SAMA SMM DAN BEBAS .KOMEN BLOGGER AMENOWORLD YANG TEMAN TAHU PRO PAKATAN INI.
MEH SINI TENGOK APA DIA TAIP.

INI BUKAN AUTA MAA....

KLIK SINI MEH NAK TAHU BANYAK LAGI.





--------------------------------------------------------------------------------------

TRIPLE S : PADA TEMAN , JANGAN DOK SIBUK LAH MELOLONG CAKAP KOME BEBAS.KOME PON BELAJAR DEKAT UNIVERSITI KERAJAAN.KOME YANG ZALIM.MENUDUH BUKAN-BUKAN.
ASTAGHFIRULAHALAZIM ..BANYAK-BANYAKLAH ISTIGHFAR :)

SELAMAT MENEMPUHI MINGGU PEPERIKSAAN DAN SEMOGA DAPAT MENJAWAB DENGAN PENUH YAKIN :)



POLIS PUKUL MAHASISWA BERDEMO?



MEH SINI KOME-KOME SEMUA TEMAN NAK KONGSI MEH VIDEO POLIS GANAS BANTAI MAHASISWA

GANAS TAK? INI BUKAN DEKAT MALAYSIA TAPI DEKAT INDONESIA MEH..KUI KUI KUI..
TAHAP KEGANASAN = KORANG JUDGE LAH SENDIRI..


PADA TEMAN MEMANG GANAS LAH . ADA YANG PATAH SANA-SINI..ISH..ISH..ISH


TAPI TEMAN SEBENARNYA NAK BANDINGKAN DENGAN VIDEO "KEGANASAN" POLIS DI MALAYSIA MASA DEMO UPSI BARU-BARU NI..


Minit 4:20 pula kedengaran pelajar memprovokasi pihak polis dengan mengeluarkan kenyataan :
"Kalau pun polis hendak bertindak kasar seperti mana yang kita kena di KL Sentral silakan..." 

Minit 4:37 bermulanya perbincangan polis bersama wakil pelajar yang memberikan mereka masa selama 15 minit selepas itu mereka diminta bersurai, namun tidak dipersetujui pihak polis memberikan masa selama 30 minit.


Selepas masa yang diberikan tamat barulah Ketua Polis Daerah Tanjung Malim menggunakan hailer meminta mana-mana individu yang hadir berkumpul beredar dan masa yang diberikan untuk mereka bersurai adalah 15 minit.


Dengar pada minit 6:57 turut kedengaran suara sumbang menjawab "Kami tidak akan bersurai".
Jadi siapa provok siapa...?

BACA LEBIH LANJUT KLIK DOUBLE Y

TAPI ADA JUGAK MAHASEWEL INI TERUS MENERUS MEMFITNAH PIHAK POLIS SIAP NAK BUAT REPORT LAGI.

NAMPAK TAK.DIA CAKAP "GERAKAN "BEBAS" AKAN BUAT REPORT POLIS BAI"


--------------------------------------------------------------------------------------
MEH SINI TEMAN SHARE SIKIT PENDAPAT BLOGGER AMENOWORLD YANG CENDERUNG KEPADA PRO PAKATAN INI






=========================================================
APA MAU SEMBANG LAGI .SMM.BEBAS APA MAU CAKAP LAGI?ADAM ADLI?HERO?
APA PON TAK BOLEH BRO..






TRIPLE S : POLIS HANYA MENJALANKAN TUGAS MEREKA . KOME PROVOKE.DEPA KASI HANTAM LAH. JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN.






PANASSS..!!! LAPORAN PENUH UPSI TENTANG RUSUHAN BUDAK-BUDAK ANWAR DI DEPAN PINTU PAGARNYA..!!!


meh layan video ni :)
salam. post ni teman amek di blog dukeofumno

kepada mereka - mereka yang sibuk membuat fitnah mengenai keganasan polis.bawak-bawaklah mengucap dan bertaubat selagi pintu taubat itu masih di buka :)
_____________________________________________________________________________

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar. 
Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 UNIVERSITI MALAYA (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am Mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifaPolis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan UPSI dan TNC HEP mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR 
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 
TANJONG MALIM
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TRIPLE S : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. SIAPA YANG MENGGANAS SEBENARNYE ??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...